welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Tuesday, February 16, 2010

Terengganu Peneraju Bidang Pendidikan Negara - SBT Satu tak dapat

Terengganu mampu menjadi peneraju kepada negeri-negeri lain bagi memajukan bidang pendidikan di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin MohdYassin. Beliau berkata, banyak program yang dilaksanakan Kerajaan Terengganu bagi meningkatkan kecemerlangan pelajar, tetapi tidak dilasanakan di negeri-negeri lain. “Banyak program yang dilakukan di Terengganu boleh dicontohi negeri lain bagi memajukan bidang pendidikan,” katanya ketika berucap merasmikan pogram Juara Rakyat peringkat Parlimen Kuala Terengganu di Stadium Negeri Kuala Terengganu petang semalam (13 Februari).
Timbalan perdana menteri memerangkap menteri pelajaran malaysia dalam acara juara rakyat telah membuat ucapan yang berapi-rapi dan memuji-muji negeri terengganu. Tapi bagaimana negeri terengganu akan menjadi peneraju bidang pendidikan negara jika sekolah berprestasi tinggi tidak terdapat satu pun dalam negeri ini, inilah pemimpin umno yang akan terus menipu rakyat negeri terengganu, kenapa di negeri terengganu tidak diberikan satu pun sekolah berprestasi tinggi jika mahu negeri terengganu menjadi peneraju dalam bidang pendidikan. sudah berapa kali upsr terengganu mencapai kegemilangan? sembilan tahun berturut-turut, ini sepatutnya menjadi penunjuk aras bahawa pendidikan terengganu boleh lagi dicemerlangkan tapi pemimpin umno pusat terus mengerhanakan rakyat terengganu.
Pemimpin umno datang terengganu hanya untuk menemui pemimpin umno terengganu hanya untuk meraih undi dalam perhimpunan agung umno jika terdapat pertandingan dalam umno, umno terengganu akan terus diperbudak budakan, negeri yang dimenangi oleh umno dalam PRU yg kedua belas masih belum mampu menjadikan MP terengganu sebagai menteri, hanya seorang aje yang laku di peringkat pusat iaitu shabery chek itu pun kerana mulut dia berbuih melawan anuar berahim. kapasiti menteri hanyalah menteri cap ayam bukannya menteri kanan, negeri kelantan walaupun dah hampir 20 tahun umno tewas mp umno tetap menjadi menteri kanan. apa nak jadi dengan pemimpin umno terengganu, masih tidur dibuai mimpi indah yang diceritakan oleh pimpinan umno pusat. Dimana jantannya umno terengganu atau selamanya akan jadi bapuk tua di halaman sendiri, pengerusi perhubungan pun dijawat oleh orang johor, apakah orang umno terengganu ini bacul untuk menguruskan parti umno dibumi sendiri. kalau negeri yang kalah boleh diterima tapi negeri terengganu umno menang dengan selesa.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP