welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Sunday, February 28, 2010

penyokong dan ahli pas mahu pemimpin mendengar kata mereka

Sampai sekarang gurindam jiwa terus dialunkan oleh pas recond@pas reform, setiap hari setiap detik lagu UG, pemecah rahsia jemaah, adakan pertemuan dengan blogger umno, berbagai aduan telah sampai ke meja setiausaha agung pas, exco pemuda pas hantar aduan dibakulsampah oleh SUA PAs, Mustafa Ali, TPJ pahang menyuruh pas membetulkan saluran tersumbat, datang pula cerita nabi memaafkan pemecah rahsia jemaah, khalid samad tidak patut dihukum, hassan ali patut menerima hukuman yang lebih berat, presiden pas dijadikan puncing bag oleh blogger pas recond, setiap hari ada saja serangan kepada pas. pelbagai rencah rempah ratus yang menghiasi blog blog setiap hari.


Penyokong dan ahli ahli pas mahu pemimpin mendengar kata kata mereka, rakyat bawahan mahu pas berubah, pas perlu berubah demi survival, pas perlu begitu dan pas perlu begini, semuanya menerjah pas dengan keras sekali. pemimpin pas pusat tiada satu pun yang terlepas dari dikutuk dicaci difitnah, kalau pemimpin pas yang terlepas adalah selagi mereka selari dengan pemikiran blogger, jika mereka dah beralih arah bermakna pemimpin itu akan sama di hentak dihumban diasak ke dinding dan tidak akan diberi oksigen untuk bernafas.


Apakah betul perbuatan blogger ini, blogger mahu pemimpin pas mendengar kata mereka dan pendapat bernas dari mereka, apakah mereka ini mendengar kata kata dari pemimpin, apakah hak mereka untuk menyanggah sebgitu rupa tanpa adab dan seperti orang yang tidak bermaruah dan orang yang hidup dalam hutan yang terlampau lama sehinggakan sudah tidak mengenali siapa kawan atau lawan. Apa perlunya pemimpin pas mendengar kata kata mereka, mereka tidak mendengar kata pemimpin dan apa jua penjelasan yang diberikan oleh pemimpin dipandang lekeh dan tidak bermakna buat mereka.


Apakah kata kata ustaz ahmad awang tidak boleh dijadikan pengajaran, kenapa tulang besi tidak menggunakan hujah hujah ustaz ahmad awang dalam membuat aduan, membuat aduan salah laku ustaz nasharuddin, ustaz haron din, hassan ali, kenapa tulang besi tidak memaafkan perbuatan mereka seperti mana yang dianjurkan oleh nabi. kalau mengikut tazkirah ustaz ahmad awang, nabi memaafkan hatib kerana dia adalah pejuang badar, jika ustaz ahmad awang menggunakan hujah ini untuk badan disiplin pas mempertimbangkan semula hukuman kepada khalid samad atas dasar khalid sama orang lama yang berjuang dalam pas dan banyak jasa jasa dia kepada pas, oleh itu sepatutnya tulang besi yang amat sayangkan pas kerana sejak kecil dia dibawa oleh ayahnya mengikuti usrah dan beliau kenal kitab mastika hadith, oleh itu dengan perasaan kasih sayang kepada jemaah pas, beliau hendaklah menarik balik aduan dan memaafkan kesalahan pemimpin andaikata terdapat kesalahan.
Jangan gunakan hujah ini hanya untuk sebelah pihak sahaja, dan septutnya ustaz ahmad awang tokoh ulamak perak tidakah boleh menasihat tulang besi dengan hadith yang sama, kalau tidak gunakan hujah yang sama bermakna hujah kisah nabi memaafkan hatib adalah digunakan untuk keperluan sesatu pihak sahaja bukannya mencari pelan pendamaian. ini bukannya atas dasar kasih sayang kepada jemaah pas tetapi nak menjahanamkan pas dengan sejahanamnya. selepas ini jangan ada lagi perkataan sayangkan jemaah atau benar tetap benar salah tetap salah. Ayat yang mahu menghalalkan cara untuk menghukum satu satu pemimpin bukannya mencari kebenaran.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP