welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Monday, February 8, 2010

Pak Lah Dah Bangun - Pak Lah Bangun woiii

Kebangkitan rakyat Pulau Pinang menyatakan bantahan secara terbuka terhadap kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng adalah bukti jelas mereka tidak berpuas hati dengan cara pentadbiran dan pendirian beliau, kata bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Terkejut aku dengar suara pak lah memekik kepada rakyat Pulau Pinang dan rakyat Malaysia, Nak tanya satu je pada pak lah, sejak bila pak lah bangun ni, tersedar dari mimpi ke pak lah, berahim ali tu rakyat Pulau Pinang ke, bagus betul le berahim ni leh tukaq cakap penang plak dah, boleh buat lawak boria le kalau macam ni berahim.
Teror le hang Pak lah bangun je dari tidur terus membuat ucapan memekik mengatakan bahawa bantahan terbuka rakyat Pulau Pinang kerana cara pentadbiran dan pendirian lim guan eng. Hang ni pak lah masih lagi Ahli Parlimen Kepala Batas, jangan duk loklaq duk sondol-sondol je keja hang. Cakap le sebagai pemimpin atau mantan Perdana Menteri, Jadi kalau pemimpin dalam parti sendiri kritik pemimpin atasan tu namanya tanda kelemahan pemimpin, yang semasa hang jadi PM, Cik Det duk kritik hang, hang buat pekak aje, hang kata banyak lagi tugas-tugas hang yang belum selesai, ini bukan kelemahan kata hang.Apo le hang ni pak lah dah lah baru bangun tidoq hang terus je memekik, melolong, hang pi basuh dulu mata jangan duk mamai bagi komen, nanti gelak cik det sampai lenguih mulut dan berbuih seperti shabery chik. Awat hang jadi lagu ni pak lah. Dah dah le pak lah pi tidur balik awal lagi ni. jam loceng belum berbunyi le.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP