welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Monday, February 8, 2010

Kenapa perlu menyusahkan jemaah - sebab memang dilahirkan untuk menyusahkan jemaah

Dilahirkan untuk menyusahkan orang ramai, kenalan, kawan-kawan, bidan, doktor, jururawat, tok imam, tok siak, tok bilal, adik beradik, jiran tetangga, polis, mak dan ayah. sampai mati pun akan menyusahkan orang ramai. Kenapa mempertikai Pas tidak boleh ditegur, betul ke jemaah Pas ini pekak, bisu, tuli dan wala' membabi buta, semua mempersoalkan apa yang nampak benar pada permukaan bukan pada dilubuk dasar Pas. bersandarkan prinsip salah tetap salah dan benar tetap benar, jemaah pas dihentam, dikeronyok, dipunggah, dimaki dan dihina. Begitu bodoh sangat ke pemimpin Pas, sampaikan tidak reti yang mana yang perlu diutamakan. Parti Pas didirikan diatas 2 kalimah syahadat, Berpaksikan iman, Aku naik saksi tiada tuhan yang disembah melainkan allah dan aku naik saksi bahawa muhammad itu pesuruh Allah. Ini lah paksi utamanya Pas ditubuhkan, jangan nak putar kenyataan ini pulak.Kenapa Blogger yang mengkritik Pas berdasarkan persepsi yang membuta tuli, kalau semua ahli Pas tidak wala' kepada pemimpin pas atau sesama sendiri,tidak yakin kepada pemimpin, kenapa terus berada dalam jemaah kepada yang memegang kerakyatan PAS? ramai yang marah kalau ini dipersoalkan, ada yang akan berkata apakah parti PAS tidak boleh dikritik, apakah timbul harmoni dalam Pas jika sentiasa menaruh syak wasangka kepada pemimpin. http://www.perlembagaan-pas.blogspot.com/ baca perlembagaan pas dahulu sebelum apa-apa komen.

Dalam Pas digalakan budaya menegur, membahas, mengkritik, berhujah dengan nas alquran dan alhadith. Bukan budaya seperti hari ini, memaki hamun, mencerca, mengfitnah jemaah dah jadi satu habit kepada media internet. Budaya mengkritik memang digalakkan tetapi sampai tahap menghina dan mengfitnah kepada tok guru apa dah jadi kepada budaya ini.Blog selalu mengagungkan Umar Khattab tentang beliau membenarkan sesiapa sahaja boleh menegur cara pemerintahan beliau, sampai ada yang mahu menegur umar alkhatab dengan pedang, perlu di analisis kembali, siapakah orang yang menegur umar alkhattab itu, orangnya yang macamana, budibahasa, ilmu agamanya macamana, ilmu feqahnya macamana, solatnya macamana, puasanya macamana, ilmu tauhidnya macamana. apakah orangnya seperti kita, orang yang menegur umar alkhattab, solatnya tidak tinggal, hafaz alquran, menghafal hadith nabi, solat malam tidak tinggal, puasa, bangun sembahyang malam, sembahyang subuh berjemaah. Inilah ciri-ciri orang yang nak menegur umar alkhattab. Orang yang banyak airmata mengalir jika ayat-ayat alquran di baca.

jadi nilaikan kembali diri kita ini, tanya diri kita cukup ke solat, atau solat hanya masa susah, masa dilambung ombak bagi nelayan, menyebut penuh nama allah semasa ribut melanda, terhenti ribut allah kemana iman kemana. Berapa banyak hadith yg kita hafal, berapa banyak puasa sunat, puasa ganti, solat malam kita dah cukup ke. solat subuh berjemaah macamana. solat hanya bila susah menjelma dalam hidup.Walauapa yang dikatakan tentang Tok Guru samada haji hadi atau nik aziz walaupun macamana pahit sekalipun, aku tak akan menulis perkara-perkara yang buruk tentang kedua tok guru ini, atau ulamak-ulamak yang yang bersama Pas, bagi aku orang jahil macam aku tidak layak untuk menegur kedua tok guru ini, bagi aku wala' aku pada kedua pemimpin ini tidak berbelah bagi, mungkin aku tak sempat mempelajari kitab mastika hadith dari kedua tok guru ini sewaktu sessi tafsir atau usrah, tapi demi ketaatan kepada pemimpin perlu dikekalkan.

Kadangkala pandangan dan lontaran idea kedua tok guru tak menyenangkan fikiran aku, dan akal aku kadangkala tidak dapat menerima apa yang diperkatakan keduanya, tapi dalam hati kecil aku, aku akan tetap wala' selagi keduanya tidak tergelincir dari landasan islam. Aku tidak akan menulis apa-apa yang buruk kepada kedua dua tok guru kerana aku tahu aku dilahirkan adalah untuk menyusahkan orang ramai. kalau boleh minimalah kesusahan orang terhadap kita. Aku dilahirkan dengan akal tidak mencapai tahap dewa untuk memahami apa yang dilontarkan cuma aku berharap semuanya akan kembali normal. ada pasang surut, ada turun naik, ada masa senang, ada masa susah. ada yang bersetuju dengan kita ada yang tidak akan pernah bersetuju dengan kita. Kita sampai mati akan menyusahkan orang kerana orang terpaksa menanam kita bila kita mati, kita tak masuk sendiri dalam kubur kita dan kambus sendiri.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP