welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Tuesday, February 9, 2010

Liow tiong Lai merapu - dah menjadi menteri pertanian

"Sementara itu, Liow berkata, industri sarang burung mampu menjana pendapatan tinggi kepada negara di mana penghasilan produk berkenaan dijangka mencecah nilai berjumlah RM5 bilion menjelang 2020" sumber: berita harian.com.my
Menteri Kesihatan Liow Tiong Lai memberikan pendapat tentang industri burung walid, apa nak jadi malaysia sekarang menteri kesihatan dah boleh bagi pendapat tentang kementerian lain. Kesihan kementerian kesihatan, dapat menteri yang sibuk nak mendirikan industri burung walid, banyak masalah yang timbul dalam mca belum dapat diselesaikan menyebabkan menteri ini merapu dan meraban memberi pendapat. apa kena mengena sarang burung walid dengan kesihatan, makan sarang burung boleh mengubat penyakit H1N1 ke?
Selesaikan dulu masalah penyakit H1N1 yang mana terus bermaharajalela, cuma disepikan seketika kerana takut kegiatan pelancongan akan merudum. Graf penyakit H1N1 didunia menunjukan peningkatan. Apakah nilai industri burung walid terlampau tinggi sehinggakan menteri kesihatan cuba menjadi menteri pertanian. Kesihan Noh Omar tiada modal nak bercakap. Atau kesihatan rakyat Malaysia akan menjadi seperti industri burung walid. Tiada lagi kebajikan kesihatan hanyalah untung sahaja. Kalau semua menteri boleh bercakap atas semua portfolio, malaysia akan jadi cacamerba dalam menguruskan pentadbiran kementerian masing masing. Oleh kerana menteri kesihatan ini suka sangat campur tangan bagi pendapat tentang hal-hal yang bukan berkaitan dengan kementerian kesihatanlah ramai doktor palsu yang ada kat malaysia sekarang. Banyak klinik palsu yang ditubuhkan, apakah nasib pesakit kepada doktor palsu ini?
Malaysia tahun ini akan berhadapan dengan kebanjiran doktor dari luar negara kerana pelaksanaan Kawasan Perdagangan Bebas Asean (Afta), dan percayalah malaysia akan menerima doktor yang mementingkan keuntungan, palsu, haprak, tipu certificate, doktor yang lesennya yang sudah luput oleh persatuan perubatan di negara mereka. Diwaktu AFTA tidak dilaksanakan lagi, Malaysia sudah berhadapan hampir 30% doktor tipu, AFTA telah dilaksanakan dan dipercayai doktor yang tidak laku di negara mereka akan berpindah masuk ke negara malaysia yang serba mudah untuk ditipu.
Rakyat Malaysia kena bersiap sedia memasuki fasa yang penuh bermasalah dengan kesihatan, perkhidmatan doktor akan dipendekkan dari 3 tahun ke 2 tahun, dan ramai doktor akan berpindah masuk ke sektor swasta kerana tawaran gaji lumayan, ramai doktor pelatih yang akan menghuni hospital kerajaan dan doktor pakar hanya akan terdapat di hospital swasta. berapa banyak duit rakyat dileburkan untuk membiayai dan membentuk menjadi seorang doktor. Rakyat malaysia akan lebih menderita kerana AFTA ini. Kebajikan kesihatan rakyat malaysia akan terus diniagakan oleh kerajaan ummno dan rakyat marhaen akan lebih menderita. Dan tidak mustahil Institut Jantung Negara akan dijual kepada rakyat asing yang menawarkan harga yang tinggi. dan kerajaan akan mengumumkan penjualan IJN atas alasan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan IJN kepada rakyat jelata. Selagi ada umno selagi itu rakyat akan diniagakan. malangnya rakyat malaysia. (AFTA - auta free trade Area) kawasan percuma untuk mengautakan rakyat Malaysia.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP