welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Tuesday, February 9, 2010

Harga barang naik - barang naik , lagi, lagi dan lagi

Apabila tiba musim perayaan kenaikan harga barang tidak dapat dibendung oleh kerajaan, walaupun kementerian KPDNHEP sentiasa mewar-warkan beberapa jenis barang yang tidak naik harga dan berada dalam kawalan pihak kementerian. Saban tahun akan didendangkan dengan irama lagu yang sama, rakyat juga yang terus menderita, menteri terus tersenyum dipasar kononnya membuat pemeriksaan mengejut kepada pemborong, pekedai dan peniaga runcit, Menteri ingat peniaga takut ke dengan menteri yang membuat lawatan mengejut ke pasar basah atau gering, ke pasaraya-pasaraya yang besar, belum sempat menteri keluar dari pasar ada peniaga yang telah meletakan kembali senarai yang baru barang yang akan dijual. Peniaga ayam akan menjual dengan harga yang sama tetapi kandungan ayam telah menjadi berkurangan, hati, pedal, jantung akan dijual berasingan, kepala ayam akan ditimbang sekali untuk memberatkan timbangan. apakah pengguna tahu hal ini atau pengguna akan terus ditipu oleh peniaga, peniaga mungkin terpaksa berbuat demikian kerana harga yang mereka beli dah mencapai harga seling ke pengguna akhir.
Menteri KPDNHEP akan terus memberikan kenyataan dalam media massa, disenaraikan barangan yang dibawah kawalan kementerian, tapi harga barang terus naik, pihak kementerian terus menerus melolong dalam media mengingatkan peniaga jangan menaikan harga barang menjelang musim perayaan. Menjadi trend bila tiba musim perayaan, barang-barang akan naik begitu mendadak dan alasan yang paling popular adalah bekalan berkurangan, bijak sungguh peniaga sentiasa dapat memanupulasikan keadaan ini saban tahun, kerajaan dibawah kementerian KPDNHEP tidak berbuat apa, hanya menlolong dalam media massa, tiada tindakan yang betul-betul mahu menolong rakyat, apakah tiada pelan tindakan untuk mengatasi masalah ini, musim perayaan akan ada disetiap tahun, kenapa tiada pelan tindakan untuk mengatasi masalah kenaikan barang, Di Malaysia ada FAMA, Perikanan, Jabatan Pertanian, mungkin tiada jabatan ayam kot, terlampau banyak agensi ditubuhkan oleh pelbagai kementerian tapi tiada juga tindakan yang berkesan kepada kenaikan harga barang.
Barang terus naik, naik dan lagi naik dan akan terus merimaskan semua kaum, jika tiba tahun baru cina, kaum cina akan rimas dengan kenaikan harga ini, kaum melayu akan merasai kenaikan harga barang sebanyak dua kali setahun, kaum india juga tetap akan merasa kenaikan harga barang yang tiada penghujung. Jika keadaan ini berterusan, duit malaysia tidak lagi bernilai dan akan menjadi nilai rupi, bhat atau rupiah sahaja. Apakah 2015 malaysia tidak lagi menjadi pengimport beras kerana malaysia dah berupaya menanam padi dengan skala besar, apakah ini pelan tindakan dalam masa 5 tahun, apakah ini akan berhasil? jawapannya, back to normal, import beras kembali, masih tidak mampu memberi pulangan yang dimahukan. Inilah kerajaan Malaysia yang ada. selagi menteri yang ada banyak cakap dari buat.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP