welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Sunday, February 14, 2010

ketua jabatan penang - rahsia pentadbiran bocor lagi

PULAU PINANG 13 Feb. - Seorang ketua jabatan yang kesal dengan tindakan kerajaan negeri membatalkan majlis perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul tampil menunjukkan pekeliling mengenai perkara itu hari ini. Pekeliling yang diterimanya itu adalah dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri bertarikh 5 Februari 2010 mengenai pembatalan majlis perarakan itu pada tahun ini. Pekeliling yang ditandatangani oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan(Pengurusan), Datuk Muhammad Yusoff Wazir itu sekali gus membuktikan kerajaan negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng berbohong apabila menafikan membatalkan perarakan maulidur rasul


Inilah ketua jabatan yang tidak bertanggungjawab dalam melaksanakan tangungjawab sebagai penjawat awam, membocorkan maklumat kerajaan negeri, membocorkan rahsia tetapi tidak sanggup hadir berdepan rakyat, jikalau benar maklumat ini, kenapa ketua jabatan ini tidak menampakkan dirinya yg sebenar, kenapa bersendung sekadar mendedahkan maklumat pekeliling kerajaan negeri pulau pinang lepas itu berlalu pergi, apakah kerana dendam kepada kerajaan pulau pinang, beliau bertindak begini?


Dari dulu lagi, kisah pembocoran maklumat kepada umno, dimana kerajaan pakatan rakyat memerintah telah banyak berlaku, jika tidak dilaksanakan sesuatu, semua rahsia kerajaan pakatan rakyat akan ada di tangan umno, kenapa kerajaan pakatan rakyat terus membutakan mata dan mempekakkan telinga, banyak kali dah diberitahu, bahawa ada dikalangan pegawai kerajaan negeri yang menjadi telinga, mata dan tangan umno di dalam pentadbiran kerajaan pakatan rakyat. mereka akan berselindung diri ibarat sesumpah boleh menukarkan diri bila masa diperlukan. banyak rahsia kerajaan negeri ada di tangan umno.

Inilah bukti maklumat dalaman kerajaan negeri bocor ketangan suratkhabar, sampaikan mantan PM pak lah yang tertidur pun boleh tahu tentang pekeliling yang diedarkan oleh pejabat setiausaha kerajaan negeri, Lim guan eng perlu siasat perkara ini dan pastikan perkara ini tidak berulang lagi dimasa akan datang, kalau terlepas sekarang jangan bagi mereka terlepas lagi dimasa akan datang. Yang perlu diingatakan bahawa mereka ini diambil kerja sewaktu barisan nasional memerintah dan WALA' yang mereka berikan kepada umno tetap akan utuh sampai mereka pencen, manusia yang bodoh dan bangang sahaja yang mempertikaikan WALA' kepada parti, sanggup balik dari luar negara untuk memecahkan lagi parti, kononnnya atas dasar kasih sayang kepada parti.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP