welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Wednesday, January 13, 2010

Tok Pa Jeli dah Menyerang dan terus menyerang

Tok Pa Jeli dan mengeluarkan kuku bisanya menyerang Tok Guru Nik Aziz. Setiap kali Husam atau Tok Guru mengeluarkan kenyataan samada tentang minyak atau juga isu terbaru isu balak, tok pa terus membuat kenyataan. Tok Pa telah menjadi pendekar najid yang ulung hari ini di Kelantan tidak termasuk berahim anak ali yang terus gigih memperjuangkan nasib dirinya akan menjadi katak kering tak lama lagi. Berahim terus mengampu dan membodek Big Boss bagi memanjangkan nyawa politik, Tag Line Berahim " Tak Salah Melompat Parti demi Prinsip Perjuangan" (ini kenyataan untuk survival je)
Tok Pa telah menjadi benteng utama barisan hadapan sekali tok najid di Kelantan sekarang. Tok pa terus menyanggah setiap kata-kata husam dan tok guru. Kali pertama menyanggah semasa keadaan tempat carigali minyak diperairan Kelantan, tok pa mengatakan kawasan ini tidak kena mengena dengan negeri kelantan, jika tidak kena mengena dengan negeri Kelantan, apakah Negara Malaysia mempunyai perairan sendiri. Jika Kelantan keluar dari Malaysia apakah Malaysia juga mempunyai sempadan dengan Thailand. (perbetulkan jika fakta ini salah) Tok pa bukan menteri yang bertanggungjawab untuk menyanggah kenyataan ini, ini dah melampaui kuasa yang diberikan. Inilah sifat derhaka yang amat hina kerana sanggup bersengkokol dengan pemimpin pusat menafikan hak rakyat Kelantan. Ini telah lama dilakukan oleh Pemimpin Umno di Terengganu, Pas Menang di Terengganu, royalti ditarik balik akibat hasutan pemimpin umno yang amat dengki dan khianat kepada negeri sendiri.
Dimanakah falsafah federalisme yang dijunjung oleh Negeri dan persekutuan. Perjanjian telah dimeterai dan akhirnya dikhianati oleh umno. Apabila perjanjian ini tidak menguntungkan umno ia akan melanggar konsep ini sesuka hati. Kalau perjanjian ini menguntungkan mereka, mereka akan ikut dan memaksa semua orang mematuhi perjanjian yang telah dimenterai. Jika perjanjian merugikan mereka, mereka akan membuat jalan lain. dan akan menggunakan mahkamah sesumpah kerana kerana sesumpah boleh menyamar mengikut keadaan semasa jika diperlukan.
Tok pa hari ini dengan lantangnya menyatakan bahawa beliau mempunyai bukti yang kukuh bahawa Pas bersalah dalam kes melibatkan balak yg disaman sebanyak 800 juta. Banyaknya bukti Tok Pa simpan selama ini, sampaikan rahsia kerajaan Kelantan pun Tok Pa ada menyimpan. Tok Pa boleh didakwa dibawah OSA Akta Rahsia rasmi kerana membocorkan dokumen yang diklasifikasikan sebagai sulit. Jika terbukti fakta ini bukan auta tok pa, bolehlah kerajaan negeri Kelantan mendakwa tok pa kerana mencuri dan menyimpan maklumat sulit kerajaan negeri Kelantan.
Tok pa dinasihatkan menjaga kementerian dia lagi baik dari terus merapu kerana kementerian yang dia jaga pun dah jadi cacamerba. Dari tok pa duk sibuk dengan Tok Guru baik tok pa menyusun semula dan muhasabah diri sendiri, makin tua makin nyanyuk lak tok pa ni, dulu tok pa ni baik je dah nak senja jadi lain macam lak. orang lain makin tua makin baki tapi tok pa lain jadinya.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP