welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Wednesday, January 13, 2010

SPRM: Tindakan jika dedah aduan kepada media - Sekat semua pintu kebebasan

"Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baru dilantik telah mengadakan sidang media pertamanya, telah berkata, mulai tahun 2010 ini sesiapa yang mendedahkan kepada pihak media maklumat dalam aduan mereka kepada SPRM akan diambil tindakan oleh SPRM" Seksyen 29(4) Akta SPRM, sesiapa yang didapati mendedahkan maklumat mengenai aduan yang dibuat boleh berdepan dengan tindakan undang-undang"
Rakyat Malaysia menaruh harapan yang tinggi kepada Pesuruhjaya SPRM yang baru ini, rupanya tidak sampai sebulan beliau mengangkat sumpah sebagai Pesuruhjaya yang baru, mengambil alih jawatan dari Ahmad Said Hamdan yang meletak jawatan 3 bulan lebih awal dari yang sepatutnya. Yang sepatutnya dah lama dah ahmad said ini berhenti kerana cukup tempoh bersara tapi oleh kerana menjadi kesayangan pemimpin umno ahmad said dapat menyambung hayatnya dalam perkhidmatan SPRM ini. Abu kassim mohamad yang baru dilantik telah menampakan belang beliau yang mana akta SPRM ini yang boleh mendakwa sesiapa yang mendedahkan kepada umum, media atau kepada sesiapa sahaja akan diambil tindakan. Tindakan ini bukan saja menyelamatkan tengkuk Pengamal Rasuah, Pengamal rasuah mempunyai masa untuk melindungi diri dari diketahui oleh orangramai tentang kegiatan mereka. Dan juga keselamatan orang yang membuat aduan akan menjadi tidak selamat kerana mereka yang membuat aduan akan terdedah kepada keadaan dan pengadu akan menerima ugutan atau pelbagai tindakan keatas pengadu oleh pengamal rasuah.
Dengan menggunakan akta ini, pengamal rasuah bukan saja diselamatkan tetapi mampu mengamal rasuah berterusan kerana mengikut akta ini, sesiapa yang membuat aduan hanya boleh diberikan kepada pegawai-pegawai SPRM dan juga pendakwaRaya dan lepas itu hendaklah mendiamkan diri selepas aduan. selepas itu tunggu tindakan dari pegawai-pegawai SPRM, kalau pegawai SPRM kata tiada kes, tiadale kes yang akan dibuat ke atas pengamal rasuah. Dasar tutup mulut ini amatlah berkesan. Jika kes ini tidak di ketahui oleh orang ramai, Pegawai SPRM berhak membuang atau menyingkirkan dari siasatan kerana tiada ketahuan dari pihak orang ramai, jika perkara ini didedahkan kepada umum, pihak rakyat akan tertanya-tanya sejauh mana pihak SPRM akan melakukan tindakan kepada aduan ini. Ini bermakna kes yang akan diadukan makin banyak yang akan menghuni stor-stor SPRM. Pihak pengadu akan terus tertindas dan makin lama rakyat akan makin muak dengan gelagat SPRM ini bukan menambah kebaikan tetapi menambahkan keburukan kepada sistem yang ada. Pengadu tidak akan lagi berani mengadu kerana tiada kebaikan kepada mereka bahkan untuk semua yang terlibat. Lebih baik mendiamkan diri dari terus mengadu.
Hentikanle lawak wahai Pesuruhjaya SPRM, akta ini akan lebih menimbulkan rasuah bukan mengurangkan rasuah yang sedia teruk. SPRM akan terus membutakan mata dan memekakkan telinga dari mendengar rintihan rakyat jelata, jangan sampai indeks rasuah kita terus menjunam dengan adanya Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru dilantik. Mungkin indek rasuah akan menjadi rendah kerana tiada lagi pengadu yang berani tampil kedepan kerana mereka tidak lagi selamat kalau mengadu. Inilah negara Malaysia ku. Akta yang ada membuat manusia yang baik terikat kakitangan dan manusia jahat akan bebas dengan tangan dan kaki dan boleh terus melakukan kejahatan tanpa ada proses pendakwaaan.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP