welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Wednesday, January 20, 2010

Nyawa Baru Bn- Undi Pos (pengundi awal) untuk wartawan, doctor dan jururawat

"PUTRAJAYA 19 Jan. – Doktor, jururawat dan wartawan mungkin dipertimbang untuk dibenarkan mengundi secara pos pada pilihan raya umum akan datang. Ia akan dibuat menerusi pindaan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981 yang sedang diteliti oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).Pengerusi SPR, Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof berkata, pihaknya sedang meneliti untuk memperluaskan hak pengundi pos kepada mereka yang berada dalam perkhidmatan-perkhidmatan penting, yang sebelum ini terhad untuk anggota tentera dan polis."
Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) telah membuat kajian dan meneliti untuk memperluaskan undi pos kepada doktor, jururawat dan doktor. Dan nama bagi pengundi pos adalah pengundi awal atau lebih dikenali sebagai undi talian hayat untuk Barisan Nasional. Dengan memperkenalkan dasar baru ini, SPR dapat menyelamatkan Barisan Nasional dari mengalami kekalahan lebih teruk kerana beberapa dasar yang tidak masuk akal telah diketengahkan oleh Umno. Mengenakan Cukai barangan GST yang akan terus menekan rakyat yang sedang menderita akibat ekonomi lembap, menghapuskan subsidi gula, minyak petrol dijangka naik menjelang mei 2010, kakitangan kerajaan akan kehilangan elaun cola. (habis gas dah ni sebab cola adalah sejenis minuman bergas), murid-murid sekolah disuruh pulang setiap hujung minggu kerana kekurangan peruntukan di Kementerian Pelajaran Malaysia. Subsidi minyak masak akan dihapuskan. harga-harga barangan keperluan akan meningkat dari semasa ke semasa dengan drastik kerana kantung negara hampir kering kerana kegelojohan dan rakusnya pemimpin umno menebas, merompak hasil mashyur khazanah negara. NPL negara akan dikurangkan dari 6 bulan kepada 3 bulan. Sesiapa yang meminjam akan diberi masa selama 3 bulan sahaja berbanding sekarang 6 bulan.
Dasar perluasan undi pos ini akan diperluaskan adalah untuk menyelamatkan BN dari dijatuhkan dari Putrajaya. Undi pos sentiasa bersama Umno, 97% undi pos akan memihak kepada BN samada dalam Pilihanraya kecil atau umum. dengan menluluskan akta baru ini, pihak umno boleh kembali bernafas lega kerana undi pos adalah talian hayat yang baru untuk mereka. Perancangan yang begitu pintar dilakukan oleh SPR. Selepas ini pihak SPR akan menafikan bahawa akta ini menguntungkan barisan nasional. Akta pengundi awal sekarang pengundi pos akan diluluskan dengan segera kerana ini menguntungkan Barisan Nasional. Apakah pengundi awal yang akan diperkenalkan tidak bertindih dengan pengundi yang ada sekarang, pengundi pos yang digunakan keatas polis dan tentera adalah mengikut Kad Pengenalan tentera dan polis, Proses memanupilasikan undi pos atau (pengundi awal) ini akan berjalan lancar. Adakah doktor, jururawat dan wartawan akan diberi kad pengenalan berasingan? jika ini timbul, doktor, jururawat dan wartawan akan mempunyai 2 indentiti dan proses ini amat menguntungkan Umno seperti yang terjadi kepada pengundi Pos sekarang, mana-mana tentera atau polis berhenti, anggota ini akan memohon kad pengenalan yang baru dan akan didaftarkan sebagai pengundi baru, dan kad pengenalan semasa tentera atau polis tidak dihapuskan kerana dalam database SPR ia tidak akan menjadi pendua walaupun orang yang sama, kerana kad pengenalan tentera atau polis berlainan dengan kad pengenalan biasa. Proses ini dah lama berjalan dengan lancar. dan penambahan akta ini pengundi akan bertambah dengan tinggi dan 2 orang akan dapat mengundi 2 kali. Inilah perancangan awal untuk memenangkan Barisan Nasional dalam PRu yang ke13.
Strategi ampuh yang akan digunakan diwaktu umno dah semakin goyah dan rakyat semakin menolaknya ke tepi, talian hayat baru perlu dicari, dan SPR memainkan peranan yang penting, dato Pengerusi SPR akan menafikannya. Spr adalah badan bebas, SPR menjalankan tanggungjawab dengan amanah, berintergriti, adil, telus dan saksama. Persepsi rakyat terus merudum kepada SPR, Spr tidak dilihat sebagai bebas walaupun pengerusi spr berulang ulang kali melaungkan kebebasan SPR. Ini lah pemain utama untuk barisan nasional. Pembangkang akan susah hati , umno dengan senanghati dalam menghadapi PRU umum akan datang. Rakyat akan terus mati kerana makan hati.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP