welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Wednesday, January 20, 2010

Bersedia Hadapi Kos Sara Hidup Lebih Tinggi - Kata Mahathir

Ini mungkin idea dari mantan Pm yang tak sudah sudah mencelakakan ekonomi Malaysia, Dibawah pemerintahan beliaulah dasar penswastaan berlaku dan berlakunya kekurangan dana kerana memenuhi impian bengong seorang PM. Bank Negara semakin hilang rizab, rakyat terpaksa berhutang untuk membeli barang keperluan makanan dan perkhidmatan. Dasar Automotif negara yang mana begitu jelas merugikan rakyat kerana terpaksa membeli kenderaan dengan harga yang mahal kerana mahu melindungi industri automotif negara. Asalknya kenderaan boleh dibeli dengan harga yang masuk akal tetapi sekarang harga kereta Viva yang muat hanya seekor kambing gurun sahaja mencecah rm50k. Bayangkan kalau kenderaan yang boleh memuatkan seekor unta harga kenderaan tersebut akan mencecah hampir setengah juta.


Bila masa pulak dasar ekonomi baru akan diperkenalkan, kenyataan bengong mahathir bahawa rakyat kena bersedia membayar harga barangan dan perkhidmatan pada harga yang tinggi. Padahal ekonomi sekarang pun dah begitu teruk, duit Rm1 sudah tidak berapa bernilai, mungkin tidak mustahil akan menjadi rupiah sikit hari lagi kerana kebodohan pemimpin umno memimpin negara. Nanti makanan dikedai akan menjadi seratus dua ratus rm sekali makan. Dan makan ramai-ramai akan menjadi ribu ribuan RM. Kerajaan perlu ada wang untuk membayar pekerja dengan pendapatan yang tinggi dan kerajaan akan kutip cukai dan mengurangkan subsidi untuk memenuhi kantung negara yang sudah bocor sana sini. Membazir wang negara kepada benda benda yang tidak memberi manafaat kepada rakyat, menaja F One 1 billion, mengurangkan subsidi gula kerana takut rakyat kena kencing manis, pemimpin umno tahu ke yang rakyat sekarang bukan hanya berhadapan dengan kencing manis, kencing tak lawas, kencing berbatu karang kerana memikirkan wang yang semakin mengecil nilainya. Jika kerajaan pandai menggunakan dana yang ada dan berbelanja dengan berhemah akan menyebabkan Malaysia boleh mengawal ketirisan wang dalam perbelanjaan wang negara.


Rakyat malaysia tidak perlu kepada pendapatan tinggi jika, barangan dan perkhidmatan boleh digunakan dan dibeli dengan harga murah, Tidak perlu kepada eknonomi baru pun, hanya perlukan utamakan keperluan segera rakyat, kurangkan beban rakyat, dapat harga barangan dan perkhidmatan dengan murah sahaja cukup untuk membuat ekonomi berkembang. kalau gaji naik seratus tapi barang perkhidmatan dan keperluan naik dua ratus, ekonomi tetap kuncup. rakyat tetap tiada duit nak membeli.


Waktu sekarang adalah waktu kerajaan menekan rakyat dengan menaikan cukai setinggi mungkin, menarikbalik segala subsidi termasuk subsidi beruk, memotong peruntukan disemua kementerian, murid murid akan dihalau balik ke rumah setiap hujung minggu, dengan kenyataan bangang menteri pelajaran bahawa peruntukan yang ada sebenarnya mencukupi dan tidak perlu menghalau murid-murid balik ke rumah pada hujung minggu. Padahal realitinya semua sekolah telah melakukan pemotongan buget, duit makan asrama untuk murid pada hari cuti telah tiada dan murid terpaksa balik ke rumah pada hujung minggu. Kalau murid-murid yang tinggal diasrama berdekatan tidak berapa timbul masalah bagaimana dengan murid-murid yang jauh dari rumah, mak ayah terpaksa membelanjakan lagi duit rumah yang telah susut kerana kenaikan harga barang yang melambung-lambung. menteri yang diamanahkan untuk menjaga kenaikan harga barang semakin tolol kerana tiada apa yang ada dalam otaknya hanyalah mahu menaikan harga barang. Kalau boleh semua barang keperluan tiada lagi subsidi dan kalau ini menteri ini pandai baik letak jawatan, Idea mahathir akan terus merosakan ekonomi negara. Jika barisan nasional tidak diturunkan dalam PRU yg ke 13 ini ekonomi malaysia akan setaraf dengan india, loas, kemboja, haiti dan juga negara-negara miskin didunia. berubah sebelum parah, bn perlu dijatuhkan dari putrajaya.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP