welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Monday, November 23, 2009

Fitnah dan serangan kepada Pemimpin PAS

Provokasi terhadap pemimpin pas terus menerus dilakukan. Bermula dengan kekalahan Pas di bagan Pinang, Fitnah mula melanda. Pemimpin dalaman Pas sendiri yg memulakan serangan terhadap jemaah dan juga kepimpinan utama pas. Pemimpin Pas telah membuka ruang dan kawasan lapang untuk memudahkan musuh menyelinap masuk dan memusnahkan Pas dari dalam. Banyak rahsia-rahsia Pas yg selama ini dipegang rapi sebagai amanah dalam Perjuangan islam telah mula disebarkan oleh ahli Pas sendiri. Pihak musuh telah mengambil kesempatan dan dengan tidak perlu bersusah payah untuk meluku kepala Pemimpin Pas. Rahsia demi rahsia dibongkar oleh pemimpin pas kepada pengetahuan umum khasnya kepada Umno. Umno dengan bijak memainkan isu ini dengan menggunakan kemudahakan media untuk menyerang dan mengfitnah pemimpin Pas dengan isu-isu yg telah lama berlegar-legar dan hampir ditutup.
Pemimpin Pas Selangor diapi apikan dengan api politik perkauman yg sempit, blogger juga mengambil kesempatan untuk menambahkan hit ke laman sesawang mereka. Banyak blogger ini mendapat maklumat dan input dari dalam Pas sendiri. Menyebarkan rahsia Pas dengan pertolongan org dalam Pas yg tidak berpuashati dengan pimpinan. Selagi pemimpin Pas ini tidak dijatuhkan dengan cara baik, penyokong pas akan menggunakan blog mereka sendiri untuk menyebarkan dakyah-dakyah mengatakan pemimpin berselingkuh dengan pemimpin umno.Apakah kerana tidak mahu Pas memeluk umno, maka dengan itu rahsia Pas perlu didedahkan kepada umum. Apakah hanya mengeluarkan kenyataan untuk mendirikan kerajaan Perpaduan diwaktu kegawatan ekonomi ia menjadi lambang kejatuhan Pas. masalah ekonomi tidak diambil kira kerana hanya yg penting kepuasan diri menyebarkan fitnah dalam pas.
Idea-idea menjatuhkan kepimpinan Parti Pas telah berjaya digerakan dengan jayanya, penulis blog masih lagi mendabik dada bahawa merekalah pencinta Pas yg sejati. Apakah jatuhnya pemimpin Pas yg tidak disukai boleh memenangkan Pas diseluruh malaysia. APakah bercakap hal melayu islam pun salah sekarang, Kitab mana yg mengajar mereka bahawa menjatuhkan pemimpin yg cuba mempertahankan melayu islam tidak perlu. Strategi apa yg dipakai oleh mereka. Demi kerana liberalnya mereka dalam islam, org yg mengaku dirinya islam dan berada dalam jemaah yg sama akan ditentang dan ditendang keluar dari jemaah. Apakah tiada implikasi buruk kepada jemaah selepas pemimpin di tendang keluar. Apakah kita boleh mencipta pemimpin seperti mencipta robot yg mendengar arahan kita.
Apakah keputusan jemaah tidak penting selagi nafsu jahat kita pada seseorang tidak dilaksanakan kita akan terus menulis sehingga pemimpin ini dinyahkan dari dalam jemaah. Satu aje kesilapan yg dilakukan bermakna pemimpin tidak lagi perlu dimaafkan dan tiada lagi peluang kedua. Kenapa pemimpin bukan islam bila menentang islam tiada kata-kata yg timbul dari penulis, hanya mendiamkan diri sahaja, penakuit, dayus atau bacul hanya berani sesama jemaah sahaja.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP