welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Sunday, November 22, 2009

Berfungsikah Empangan HIDRO? elektrik dijana dengan ArangBatu

Tahun baru akan menjelma dan rakyat akan dikenakan kenaikan tarif elektrik yg sentiasa naik dan tiada tanda akan turun. Apakah negara kita ini kekurangan bahan bakar? Apakah Malaysia ini pengimport minyak tegar dari dulu kini dan selamanya, Apakah Malaysia masih menggunakan arangbatu untuk menjana tenaga elektrik untuk kegunaan domestik atau kilang-kilang. Dimanakah projek mesra alam iaitu hidroelektrik yg dilaungkan menggunakan konsep mesra alam dan dapat membekal elektrik ke rumah dengan harga yang murah.
Projek membina Empangan di Hulu Sungai Terengganu (jenagor) dimulakan pada tahun 1978 dan siap pada tahun 1986.terkenal dengan nama projek Hidro elektrik kenyir, Empangan hidro terbesar disemenanjung Malaysia. Diawal pembinaanya, telah diwar war kan oleh menteri tenaga waktu itu Leo Moggie mengatakan dengan terbinanya empangan kenyir ini, Malaysia mempunyai satu janakuasa elektrik yg lebih murah dan mesra alam, dan empangan ini mampu menjana kuasa keseluruh malaysia dalam jangkamasa 2 tahun. Lebih murah kos elektrik yang akan dibekal oleh empangan ini untuk kegunaan rakyat Malaysia dan Terengganu khususnya. Setelah 20 tahun lebih Empangan Kenyir hidroelektrik beroperasi dan menjana kuasa elektrik , tarif elektrik tetap mahal bahkan kenaikan tarif terus naik dan naik. Apakah dengan kapasiti turbin sebesar kapal perang tidak mampu menjana elektrik ke seluruh Malaysia atau paling tidak pun ke seluruh negeri Terengganu. Tapi bila dikaji di Hulu Terengganu sendiri pada waktu ini pun ada lagi kampung yg tidak mendapat kuasa elektrik sepenuhnya selama 24 jam. Dimanakah asas pembinaan Empangan HidroElektrik ini, beroperasi atau back to manual pakai arangbatu kembali.
Selepas itu empangan Pergau pula dibina di Kelantan, Apakah 2 empangan yg dibina ini tidak mampu menjana kuasa elektrik kepada penduduk malaysia atau ini satu lagi projek mentankedarah duit rakyat, selepas pergau kita dikejutkan lagi dengan projek pembinaan empangan Hidro elektrik Bakun. Empangan menelan pebelanjaan berbillion billion, kesudahan projek Hidro bakun sampai ke hari ini siap atau tidak, tidak siapa yg mengetahui. Apakah projek ini sekadar projek membalun duit rakyat? Dengan cara membina empangan hidro ini duit rakyat mudah dimanupulasikan dengan mudah. komisen mungkin berjuta-juta ringgit malaysia.
Kenaikan tarif elektrik terus melonjak, kos arang batu, dan juga emas hitam digunakan untuk menjanakan janakuasa elektrik di malaysia, apakah guna projek Hidro yg menelan belanja berbillion billion rm malaysia. Apakah hidro ini tidak berfungsi sepertimana yg diharapkan, apakah rakyat akan terus menderita kerana projek bangang ini, apakah kita terus menerus ditipu oleh Nippon. Projek hidro kenyir telah melenyapkan 100 buah kampung dan menenggelam 30 buah bukit dan menelan khazanah-khazanah alam yg begitu bernilai.Projek-projek hidro akan diteruskan tapi malaysia terus menggunakan arang batu yg diimport dari negara luar untuk menjanakan kuasa elektrik. betul ke guna arang batu? atau hanya sengaja memberikan alasan kepada rakyat untuk menghalalkan cara untuk terus menaikan harga tarif elektrik. sampai bila rakyat terus diautakan dengan cara yg begitu licik.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP