dimana kekuatan pas sarawak
dengan keadaan yang serba daif dan papakedana pas sarawak bangkit dan meneruskan usaha usaha menyebarkan pengaruh dan melebarkan sayapnya. pas sarawak perlu sokongan dan dokongan dari semua negeri, mana mana pemimpin yang berkemampuan tolonglah dan datanglah jenguk sekali sekali ke sarawak. pas sarawak cukup hebat sebenarnya, dalam keadaan yang amat sukar sekali mereka masih mampu bertapak dan mampu bergerak ke depan. pas perlu sedar dimana letaknya pas sekarang dalam pakatan rakyat. apakah hanya terletak di tepi gantang ada ke tak ada sama aje. kalau ada tak apa tak ada lagi baik. jadi apakah pas sudah meneliti kekuatan pas disana. kewangan pas sarawak amat amat terhad. pesuruhjaya pas sarawak amat amat kaya sekali dan mampu membuat mahligai. apakah isu isu yang boleh membuatkan pembangkang berkuasa di sarawak sekaligus menjatuhkan regim teyib memut. kekuatan pas disarawak amat terhad sekali dengan segala kekangang.
tolong dan bantulah pas sarawak wahai pencinta dan pendokong parti islam semalaysia. tanpa wang tak kemana kejutan yang diharapkan. kepala keretapi pun perlukan minyak untuk bergerak. dana sumbangan pas sarawak sepatutnya sudah laju sekarang untuk menghadapi pilihanraya yang akan bermula pada 6 april ini. umno sarawak dah bersiap sedia dengan segala kelengkapan. kekuatan pas sarawak akan lebih cepat kedepan jika kita semua dapat merobohkan sebahagian kekangan yang mereka hadapi. kekuatan pas bertumpu disatu satu kawasan sahaja disarawak dan belum menyeluruh. atas dasar mustadafin pas sarawak perlu diberikan perhatian untuk mereka berlayar dengan lebih baik dalam menghadapi pilihanraya yang penuh dengan kekotoran kekorupan. pas sarawak perlu dibantu agar lain lain parti tak menganggapkan pas hanya parti nyamuk disarawak. pakatan rakyat menang disarawak menang belum tahu dimana duduknya pas. ingatlah pas perlu dominan. air mata penyokong pas sudah banyak mengalir.
Read more...