welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Tuesday, March 8, 2011

buku jingga

buku jingga keluaran pakatan rakyat sepatutnya menjadi satu pemangkin untuk meningkatkan sokongan kepada pembangkang. kekuatan pembangkang dan satu pemikiran baru cuba diterjemahkan kepada rakyat malaysia. akhirnya umno mengopy dan mengpastekan kandungan buku jingga. buku jingga menjadi satu serangan yang boleh membuatkan umno bangkit dari mimpi. dalam masa yang sama umno cuba mencari sebanyak mungkin apa yang boleh dilaksanakan untuk memastikan umno terus berkuasa diputrajaya. kekuatan pakatan rakyat untuk membuat buku jingga telah disambut dingin oleh penyokong dan ahli pakatan rakyat. buku jingga dijadikan satu benda yang diolokan. satu sendaan pemikiran oleh ahli dan penyokong pakatan rakyat. walaupun buku jingga dikatakan dikeluarkan lebih awal daripada waktu yang dijangkakan. namun ia juga elok untuk rakyat malaysia yang sedang tercekik dengan masalah ekonomi malaysia yang semakin memampuskan.


buku jingga sepatutnya menjadi bahan kempen dan juga laporan dari media ketiga berterusan dan memastikan buku jingga menjadi igauan ngeri umno didalam pru yang akan datang. namun sambutan kepada buku jingga hanya dipandang sinis dan dijadikan bahan lawak oleh sekian lawak oleh pendokong dan ahli pakatan rakyat. suasana yang dikatakan tidak memihak kepada pakatan rakyat menjadi satu tanggungjawab kepada penyokong dan media ketiga mengwar warkan apa itu buku jingga yang mahu dibuat oleh pakatan rakyat apabila memerintah malaysia tetapi hanya yang menyahut tak beberapa kerat. semoga buku jingga dijadikan satu kempen keseluruhan.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP