welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Wednesday, September 22, 2010

hebatnya pemilihan pkr

pemilihan pkr diwarnai oleh pelbagai bentuk jenis isu dan pergolakan. parti paling bongsu dalam kancah politik tanahair mengorak langkah kedepan dengan mengadakan pelbagai bentuk pertandingan dalam parti paling bongsu ini. parti yang diasaskan oleh bekas mantan timb presiden umno. perebutan kuasa nampaknya berlaku dengan hebat dengan pelbagai ulasan, suasana demokrasi tulen yang cuba ditunjukkan kepada umum terutama umno nampaknya berpusing menjadi medan tempur sengit antara satu sama lain. apakah ini budaya umno yang cuba diserapkan masuk ke parti pkr. pertembungan pemimpin pkr tidak dapat dielakkan. nuar berahim sebagai ketua umum membisu seribu bahasa, yang menjadi persoalan sekarang kenapa nuar berahim tak mahu menjadi presiden dalam partinya sendiri, atau nama nuar berahim masih ada dalam rekod keahlian umno?

kehebatan pemilihan pkr, di julang oleh juak juak pemikir pkr yang dikatakan amat strategik, dinamik, pemikiran yang mendahului zaman, pemikir pemikir agung dalam pkr mempunyai segala galanya. dari segi kecerdikan, ilmu politik, ilmu ramalan, ilmu sondolan dan beberapa ilmu yang jarang di olah oleh parti politik lain. pkr cuba keluar dari gaya politik lama yang ada pada umno, pas, dap dan parti nyamuk yang sering berterbangan mencari dahan yang lebih kuat. semakin dekat waktu pemilihan suasana semakin panas dan isu isu ini jelas dan sengaja di kuat oleh penentang pkr terutamanya lidah utama umno. bekas atau mantan jamban pkr yang keluar terutama ezam menyalak nyaring dan ada yang sudah dipecat dalam pkr pun masih bernafsu untuk bertanding. pkr perlu cepat berubah demi masa depannya kalau tak mahu kapal mereka karam diwaktu gagah perkasa merempuh badai politik yang tak karuan ini.

usaha mendamaikan pertentang hebat ini perlu segera dilaksanakan. pemilihan walaupun dikatakan dalam keadaan harmoni sebagaimana harmoninya debat amk yang mana dikatakan hambar kerana tak ada yang berani melonjakkan isu. suasana sejuk suram dan berdingin beku mewarnai debat pkr. yang memuja pkr akan cuba memberikan interprestasi yang berlainan kerana kata mereka inilah percubaan yang perlu dibuat dalam kancah politik tanahair. kalau hanya bercakap baik membebel depan cermin. mungkin para pendebat belum mahu atau berani meluahkan apa yang terhadam dalam minda mereka. pkr akan terus dipertahankan oleh ppejuangnya sebagaimana pas, umno dan dap. mungkin waktu ini pkr nampak hebat tapi diharapkan pkr lebih hebat dimasa depan dan terus mewarnai arena politik tanahair walaupun satu hari nanti nuar berahim akan mengundur diri.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP