welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Sunday, April 18, 2010

provokasi di hulu selangor

jika ada prk atau pru semua parti pembangkang akan melalui provokasi samada kecil atau besar, kali ini pas berhadapan dengan provokasi dari dalam dan juga musuh yang nyata. mahu tidak mahu provokasi ini terpaksa jugak pas berdepan. provokasi dari umno dan barisan nasional adalah biasa dan kalau tiada provokasi bermakna umno dan barisan nasional tidak bertanding. semakin laju pas menerjah alam politik yang serba mencabar ini, semakin banyak onak dan duri yang terpaksa di lalui, kalau setakat kemuncuk boleh lah dibiarkan, tapi provokasi dari dalam susah dibendung kerana pergerakannya tiada biasa dengan penyokong dan juga ahli pas, bagaimana pas mahu menanangani provokasi dari dalam pas.

pilihanraya di hulu selangor adalah diantara parti keadilan rakyat (pkr) dan sekutunya termasuklah pas sendiri, isu isu yang dimainkan seolah olah pas yang bertanding disini, kes kes lama dibentangkan kembali dan dibicarakan dalam keadaan suasana yang amat berbeza, sukar untuk pas menjawabnya dalam keadaan genting dan pas bukanlah pemain utama, kesukaran ini amat membebankan pemimpin pas untuk menjawab isu isu ini. calon pkr tapi serangan kepada pas, satu isu yang amat besar, bila pas diserang bermakna pkr tidak akan terselamat dengan mudah. kekuatan menangani isu isu yang sengaja diperbesarkan untuk merobekkan imej pas dan juga memudahkan untuk menewaskan pkr.

kebijaksaan dan kecerdikan strategi perlu dilihat perlu cepat, jangan biarkan kenyataan bangang dibiarkan berleluasa disini, jangan pakatan rakyat menghentam sesama sendiri tanpa disedari, pkr sepatutnya bangun dan menyerang dengan hebat, jentera pkr mesti lebih hebat dari pas, gunakan apa saja yang ada dalam membendung isu isu yang sengaja direkacipta. penguasaan pkr perlu dominan disini, hapuskan segera isu isu yang boleh merosakkan kemenangan disaat akhir. suasana sekarang amat berbeza dan kebijaksanaan dalam berpolitik hendaklah ditonjolkan sekarang, jangan nanti sampai ke akhir garisan baru nak bertindak. yang mana telah lama berkempen sebelum penamaan calon dulu boleh le berehat dulu sebab dah lama berkempen. yang baru sampai hendaklah bangun dan memberi apa saja yang termampu. kemenangan milik pakatan rakyat jika ada kerjasama.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP