welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Sunday, March 14, 2010

ramai lagi pemimpin pkr akan keluar parti

usaha usaha untuk menjatuhkan kredibiliti nuar berahim terus diadakan. denak-denak lama terus berusaha agar dapat memanggil pemimpin pkr keluar dan meninggalkan pkr. usaha yang berterusan dari bekas bekas impin pkr berjalan dengan hebat sekali. begitu rendah rupanya maruah pemimpin pemimpin pkr. semuanya nampak mudah sangat dibeli dan dijadikan barang dagangan oleh umno dan sekutu kutunya. kalau tidak berjaya hari ini, dicuba esoknya, umno mungkin sudah menubuhkan satu bahagian yang membuat kajian tentang pemimpin pkr yang boleh dibeli dengan mudah. dicuba dengan pelbagai tawaran sehingga berjaya dibeli oleh umno.



tindakan keras pkr terhadap loyar buruk zul kulim nampaknya tidak berkesan dan tidak menjadi kudis gatal kepada pemimpin pkr. borong sakan oleh umno. dan jenama borong menjadi trademark kepada pemimpin pkr. bukan saja umno membeli pemimpin tapi pemimpin pkr memberi secara pukal seperti maruah, tindakan dan sanggup menjadi pencacai pengangkut najis kepada umno. hebat umno dalam merealisasikan impian 2/3 mereka dalam persidangan parlimen. pemimpin pkr tidak lagi takut dibuang dari parti pkr kerana ada habuan besar menanti mereka dalam menuju kekayaan dunia.



khalid samad memerangkap dewa kepada pas recond yang amat mengagungkan tindakan disiplin pkr akan kelu melihat ketidakupayaan nuar berahim dalam mengawal ahli, penyokong dan pemimpin dalam urusan jual beli. nampaknya parti pkr yang dimuliakan oleh khalid samad menuju kehancuran jika tidak dibendung dengan segera. disinilah pentingnya wala' wahai khalid samad yang kau katakan candu. begitu penting wala dan patuh kepada pemimpin atasan bukan sekadar mengaku islam solat siang malam, semua solat buat tapi tidak patuh kepada pemimpin atasan tidak bermakna islam yang dianuti.



kalau tiada wala dan thiqah yang amat dibenci oleh khalid samad parti keadilan akan tinggal lambang sepertimana lambang parti semangat 46. pemimpin lari meninggalkan perjuangan kerana mencari ghanimah dunia bukannya akhirat. kerja siang malam demi islam tercinta. semoga esok masih ada untuk pkr. pkr mahu tidak mahu terpaksa belajar kembali bagaimana mahu ahli ahli, pemimpin pkr kembali menyokong pendirian parti dan terus berada dalam perjuangan bersama rakyat. mungkin pkr perlu membentuk pemikiran baru, sedia berkorban apa saja demi parti, maruah pkr semakin tercalar dan pkr perlu merawat luka ini dengan segera. jangan biarkan ia melarat kepada parti gabungan lain.


mungkin nuar berahim ada idea yang boleh menyelamatkan pkr dari terus bocor sana sini, kalau perlu buat kapal baru, bakar aje kapal lama. mungkin khalid samad boleh join pkr dalam membentuk generasi baru sepertimana zul kulim ke pkr, saifuddin nasution yang menjadi SUA pkr, apa salahnya pas memberikan ahlinya demi menyelamatkan parti keadilan, pas kan seorang rakan yang baik. demi kawan pas sanggup terbunuh. pas rela serelanya memberikan ahlinya kepada ahli pakatan.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP