welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Wednesday, March 3, 2010

perlu kembali wala', thiqah dan baiah - pas recond boleh berambus

sudah tiga mp pkr telah berpindah alam dari alam nyata kepada alam ghaib, mereka mementingkan diri sendiri daripada perjuangan yang mereka perjuangkan. semuanya berhijrah dengan penuh tertib tidak menjadi ahli umno tetapi mesra umno, kenyataan yang sungguh mudah bagi mereka. nuar berahim terus dirundung malang, setelah kes liwat keduanya berlangsung nuar berahim kehilangan sokongan dari dalam parti yang beliau menjadi penasihat. kedudukan pkr dalam pakatan rakyat dari menerajui telah jatuh ke tempat kedua dibelakang dap. sepatutnya wakil mp dap yang mengambil alih kedudukan sebagai ketua pembangkang tetapi atas dasar kerjasama dan perpaduan (boleh sebut ke perpaduan nanti puak anti UG marah) nuar berahim tetap menjadi ketua pembangkang.




Setelah kerajaan 16 september tidak menjadi kenyataan, mp mp pkr telah dishopping oleh umno dengan kerjasama broker utama pkr iaitu bekas setiausaha agung pkr sendiri, salahudin hashim. broker umno yang berwajah pkr telah berjaya menyusup masuk kedalam anggota dan urat nadi pkr sehinggakan pkr terlalai dan alpa dengan keadaan sepatutnya. strategi umno menepatkan spyspy dalam pkr telah berjaya meruntuhkan pkr dari dalam dengan berjayanya. setakat ini strategi umno menempatkan orang yang berhati umno dan berwajah pkr telah berjaya menipu dan berjaya menyakinkan orang orang pkr yang mereka adalah seorang perjuang kepada bangsa dan agama. EX SUA pkr meramalkan 10 lagi akan menjadi mp bebas untuk membuatkan umno kembali mendapat 2/3 majoriti dalam parlimen. kenyataan bekas sua pkr ini semakin menjadi kenyataan, jika pkr hilang lagi 10 mp bermakna nuar berahim menjadi general tanpa askar, hanya mengharapkan askar askar dari lain lain dinasty menghulurkan bantuan.


apakah pas yang mahu di recondkan akan menjadi parti seperti parti pkr, ramai ahli atau pemimpinnya yang khianat kepada parti, kenapa diwaktu ini kumpulan pas recond tidak mempersoalkan ketaatan kepada pemimpin yang lari dari perjuangan. inilah wala' dan thiqah yang diamalkan oleh pas sejak dahulu kala dan kerana wala' dan thiqahlah pas masih mengekalkan statusnya sebagai pemain utama dalam politik tanahair dan masih relevan sampai hari ini. pas recond yang mempersoalkan thiqah dan wala' telah menerima ludah mereka kembali dengan kembalinya mp mp pkr yang mereka sanjungi. pas recond semakin tida relevan lagi, wala dan thiqah perlu dalam parti, keadaan pkr telah menunjukkan segalanya. pas recond dah boleh berura ura kemas segala perkakas dan berambus je. ada buat menyemak dan kalau tiada lagi bagus,


ramalan ramalan dari pas recond yang mengatakan pr akan berkembang selepas ini boleh le menarik balik kenyataan cetek mereka itu, pemimpin sendiri tidak boleh mengekalkan keadaannya macamana dengan penyokong, pemimpin memburu kekayaan dan kekuasaan, apakah ini akan menyebabkan pakatan rakyat akan berkembang di pahang, negeri sembilan, johor dan negeri negeri yang masih utuh keumnoannya. inikah akan berlaku jika pemimpin pakatan rakyat tidak wala dan thiqah. apakah pkr tidak mempunyai pkr recond? atau pas recond hanya untuk dijadikan topeng untuk mengaburi mata rakyat. kenapa spy spy dalam pkr tidak memberi maklumat ke kepada pas recond atau pas recond ini adalah barua umno yang dihantar seperti bekas sua pkr. kenapa tiada ahli pkr yang membuat aduan kepada pemimpin pkr yang mengambil langkah mengjahanamkan pkr. ahli pkr tidak pandai ke membuat aduan sepertimana ahli pas yang terlalu pandai menbuat aduan kepada badan disiplin parti pas. selepas ini pas recond boleh berambus ajelah kerana idea mereka sudah ketinggalan zaman terutama mahu menghapuskan candu wala' dan thiqah

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP