welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Tuesday, February 9, 2010

Skim cepat kaya emas - pelabur emas rugi 25 juta

Modus operandi syarikat itu adalah menjual jongkong emas seberat sekilogram dengan harga pasaran antara RM135,000 hingga RM150,000.Seramai 60 individu mendakwa mengalami kerugian kira-kira RM25 juta sejak tahun lalu. Apa yang menarik syarikat itu turut menawarkan pulangan tiga peratus daripada harga emas kepada pembeli bagi setiap bulan dalam tempoh tiga bulanu selepas terpedaya dengan pulangan keuntungan segera melalui skim pelaburan emas.siasatan mendapati syarikat berkenaan tidak mempunyai lesen yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Bank Negara bagi menguruskan urusan jual beli emas.

Penganjur skim cepat kaya begitu bijak mengatur strategi dengan memanupulasikan keadaan ekonomi sekarang, banyak medium blog, media massa menwar-war keuntungan dalam membeli emas diwaktu kegawatan ini, emas satu komoditi yang tidak akan mudah susutnilai dan memberikan keuntungan kepada sesiapa yang membeli dan menyimpan emas dalam bentuk kiub atau bongkah. Dengan memperkenalkan skim membeli emas, penganjur skim emas dapat menarik ribuan pembeli yang mana telah termakan laporan dan juga umpan yang ditaburkan oleh penganjur yang mengatakan bahawa dengan menyimpan emas dapat mengelakkan nilaiannya daripada menjadi susutnilai.

Kenapa setiap kali, bencana skim cepat kaya ini melanda pembeli polis akan menafikan penglibatan sektor kerajaan seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Mereka akan menafikan pendaftaran syarikat yang terlibat dalam menganjurkan skim cepat kaya. Dalam laman sesawang mereka, mereka menegaskan mereka berdaftar dengan bank negara dan mendapat kelulusan dari bank negara. kenapa bila penganjur lesap dengan duit pelabur, bank negara dan SSM akan menafikan penglibatan mereka. Pelabur-pelabur yang melaburkan wang mereka dalam skim ini biasanya akan mengatakan bahawa skim yang mereka sertai adalah sah di sisi undang-undang dan bank negara meluluskan skim seperti ini.

Berapa juta lagi pelabur-pelabur skim cepat kayap akan terus menderita, keluar air mata darah sekalipun pelabur-pelabur ini tidak akan mendapat kembali apa yang sudah mereka laburkan. Penganjur skim cepat kayap akan terus kaya dengan hasil duit penipuan, tiada akta atau undang-undangkah yang dapat membendung kegiatan ini yang terus bermaharajalela dalam mengutip duit rakyat. Selepas cacing, roselle, lepas tu timbul pula skim emas, apakah skim-skim baru yang akan muncul selepas ini, pemimpin diatas sibuk berpolitik, pemimpin sibuk mengkritik sesama sendiri, pemimpin terus menerus menyibukan diri, terus mempersoalkan apa yang terlalu remeh, siku sekeh, terajang, maki hamun, hentam, keroyok sesama sendiri atau lawan, dan rakyat dibawah terus diperdayakan oleh penganjur skim cepat kaya. Begitu mudah memperdayakan rakyat malaysia.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP