welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Thursday, February 25, 2010

royalti minyak - kuli terus mempertikaikan umno

Puak puak pas kelantan terus menagungkan kenyataan ku li kononnya perjuang rakyat kelantan, kenyataan Ku li sekarang bercanggah dengan umno pusat, Ku li terus menyerang awang adek, tok pa, muhyidin dan mahaguru jib, pakatan rakyat terutama pemimpin pas sambut baik kenyataan Ku li, ini lah perjuang tulen rakyat kelantan, sanggup menongkah arus, melawan demi rakyat kelantan. pemimpin pas kelantan dan pakatan rakyat terus mendewakan Ku Li, ceramah kuli pun sampai berpuluh ribu yang hadir untuk mendengar ucapan seorang pemimpin umno yang mahir dalam undang undang royalti minyak. kagum semua pemimpin pakata rakyat. semua blog mengulas dan mengdewakan ku li. ku li lah segalanya sekarang, sanggup berdepan dengan mahaguru sendiri tok jid.


Tapi rakyat terengganu tak mudah lupa kepada Ku Li, inilah pemimpin assobiyah umno sejati, dulu semasa kerajaan pas memerintah negeri terengganu, Ku Li adalah orang yang lantang mengatakan yang kerajaan terengganu tidak layak menerima wang royalti, tapi bila negeri kelantan tidak menerima royalti, ku li sanggup menongkah arus, apakah rakyat terengganu lupa dengan kata kata ku li. Ku li bersengkokol dengan pemimpin umno pusat dan umno terengganu untuk menindakkan kerajaan pas memperolehi wang royalti minyak. Tapi pemimpin pas mudah lupa kerana sentiasa bersangka baik dengan musuh. apakah tindakan ku li menongkah arus kerana nak menolong rakyat kelantan atau ada udang disebalik batu? musuh pas tidak mudah memberi muka kepada pas, mesti ada sesuatu disebalik kata kata menyokong rakyat kelantan memperolehi royalti minyak.



Pemimpin pas sehingga hari ini terus mendewakan ku li sebagai perjuang rakyat, kalau ku li perjuang rakyat dia akan membela rakyat dari negeri terengganu yang mula mula dinafikan hak untuk memperolehi royalti minyak, atau perjuangan hanya berasaskan politik kenegerian yang sempit. akan ada blogger yang akan mempertahankan ku li kerana waktu ini saham ku li dalam pakatan rakyat lebih tinggi nilainya. ku li bersama sama menongkah arus untuk rakyat negeri kelantan. kalau negeri lain belum tentu ku li akan sama sama bangun menentang ketidakadilan ini, kalau negeri lain, ku li akan bersama sama umno untuk menindakkan hak negeri tersebut. percayalah ini politik kenegerian yang ada dalam diri orang umno bernama ku li, penipu besar kalau ada yang mengatakan tidak betul, Rakyat terengganu sampai hari ini masih belum menerima hak yang sepatutnya diterima oleh mereka akibat angkara ku li. Kenapa rakyat dan pemimpin buta dengan tindakan Ku li ini.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP