welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Saturday, February 13, 2010

Perkhidmatan pengangkutan awam terengganu - tiada pelan tindakan pembangunan ke

Perkhidmatan pengangkutan awam di terengganu tiada langsung dalam perancangan permodenan negeri terengganu. Perkhidmatan pengangkutan awam dari zaman wan mokhtar sehingga menteri besar baru mat said, tiada langsung perancangan untuk menaiktaraf pengangkutan awam di terengganu. Penduduk di terengganu dari zaman gelap hinggalah ke zaman terang masalah pengangkutan awam tidak pernah diambil peduli langsung oleh pemerintah terengganu. Kerajaan terengganu selalu mengalakan penduduk terengganu menggunakan pengangkutan awam tetapi masalah perkhidmatan awam tidak pernah diambil kira, Kawasan bandar kuala terengganu yang berjarak 10 atau 20 km pun masih mengalami kekurangan perkhidmatan awam. Keadaan ini belum lagi diambil kira dari daerah lain, samada dari marang yang paling hampir pun masalah pengangkutan awam amat teruk, sejam atau 2 atau 3 sekali baru ada sebuah bus yang melalui jalan di marang menuju ke kuala terengganu.

Zaman mantan mb deris adalah percubaan untuk menaikkan taraf sistem pengangkutan awam ini, tetapi masalahnya design kepada bus ini menyebabkan LPKP tidak membenarkan bas ini beroperasi di jalanraya. Sekadar menjadi bas pelancong bukannya untuk melancarkan atau membaiki perkhidmatan awam di terengganu. Kebanyakan bas ini sudah tidak boleh digunakan lagi sekarang dan tersadai dibengkel. Berapa banyak wang rakyat hangus membeli bas casligas ini tetapi tidak memberi impak kepada perkhidmatan awam. sampai bila pengangkutan awam tidak diberi perhatian yang sewajarnya oleh pemerintah terengganu. Bandar terengganu dah bertukar menjadi bandaraya tetapi perkhidmatan pengangkutan awam amat teruk bukan menggambarkan bandaraya tetapi bandar dunia ketiga.

Perkhidmatan pengangkutan awam di bandar kuala terengganu akan terhenti pada pukul 6, jika terlepas perkhidmatan ini bermakna pengguna terpaksa bermalam dibandar sementara menunggu esok hari. bagaimana kerajaan negeri mahu menjana ekonomi sedangkan pengangkutan awam amat teruk dan tidak berubah samasekali. Kerajaan yang memerintah terengganu hendaklah berbuat sesuatu sebelum keadaan semakin parah. rakyat terengganu perlukan perkhidmatan awam yang lebih efisien. kenapa pelan pembaikian mutu perkhidmatan awam ini tidak ambil cakna.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP