welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Wednesday, February 24, 2010

Pas perlu berubah - bukan mengikut acuan lain dari islam

Pas amat perlu berubah dan mesti berubah walau dengan apa cara sekalipun TAPI Pas berubah perlu mengikut acuan ISLAM, acuan yang menjadikan PAS terus wujud di alam politik di Malaysia, Pelbagai tohmahan, fitnah, adu domba dan serangan dari umno khususnya dihadapi dengan kekebalan islam yang ada dalam jemaah PAS. Pas tidak perlu berubah hanya menerima kecaman dari bukan ahli pas, Pas tidak perlu memuaskan semua hati orang di Malaysia. Tiada parti di dunia ini yang dapat memuaskan hati semua orang hatta parti komunis yang memerintah china yang memberikan dasar sama rata sesama rakyat. siapa yang bekerja kuat pun dibayar sama dengan orang yang malas, duit adalah milik negara. itu pun tidak dapat memberi kepuasan kepada semua rakyat jelata negara china.



Perlembagaan Pas masih releven untuk digunakan sampai sekarang, Memang betul apa yang di perkatakan oleh Menteri Besar kedah yang pas tidak perlu meminda perlembagaan parti islam semalaysia. Perlu pinda jika semua ahli pas bersetuju meminda perlembagaan parti, orang orang lama dalam pas tidak memberikan respon untuk meminda perlembagaan parti, jika terlalu banyak meminda perlembagaan parti ia sedikit sebanyak akan terus merosakkan parti yang telah lama bertapak. apa yang kurang perlu ditambah. Jangan banyak sangat melayan peragai gila para pengkritik parti pas, walaupun mereka mengatakan pas akan lebih releven jika meminda perlembagaan parti, selepas berjaya meminda perlembagaan bagi JK disiplin, mereka akan cuba meminda bahagian lain pula, bagai tikus membaiki labi. Adalah mustahil untuk memuaskan hati dan nafsu mereka lagipun mereka yang meminta meminda perlembagaan hanya 3 atau 5 orang sahaja. yang banyak meminta adalah mereka yang berada diluar parti, bukan ahli pas atau penyokong pas, mereka hanya tahu mengkritik dan menjahanamkan pas. itu saja yang mereka tahu.


Perbuatan mereka ini di sambut oleh segelintir ahli ahli pas yang sudah menjalani imunisasi perlalian ubat umno yang semakin bisa merasuk ahli ahli pas. sampaikan ada blog yang mengambil tulisan blog bukan ahli pas sebagai rujukan untuk mengkritik pas, betapa bangangnya penulis blog ini, dimana maruah penulis blog yang dikatakan amat berpengaruh, blog blog yang bukan ahli pas hanya tahu mengkritik dan apabila tulisan mereka menimbulkan fitnah mereka beralih ke blog lain, semudah itu menimbulkan fitnah ke dalam pas. Kalau pas mempunyai ahli seperti ini, bukan pas tidak mampu menang di semua tempat hatta kelantan akan kembali semula ke umno. pas pusat perlu mengambil langkah yang lebih drastik dari menyiasat kes kes bangang yang terus diwar warkan. kononnya pas mengkhianat kepada pakatan rakyat, bagaimana kalau parti dalam pakatan rakyat mengkhianat pas adakah mereka ini akan menjadi benteng awal kepada pas? jawapannya mudah sahaja, kita bersahabat kenalah hormat pendapat sahabat demi menjamin keharmonian pakatan.



Hentikan mesyuarat hanya untuk menyelesaikan kes kes bangang termasuk kes khalid samad, hassan ali, tulang besi atau abdullah karim yang sedang bersenang lenang diluar negara, khalid samad bukan khalid samad sebelum menjadi ahli parlimen, saham dah tinggi sekarang, kes kes bangang seperti ini sepatutnya dibakulsampah aje. Mengadukan kes khianat kepada parti tanpa disedari diri sendiri mengkhianati parti, melaungkan sayangkan parti tapi melebihkan parti pakatan rakyat dari parti pas sendiri, inikah parti yang disayangi oleh mereka, semoga allah terus melindungi pas dari golongan yang mendakwa sayangkan lebih dari orang lain.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP