welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Thursday, February 18, 2010

Confirm harga minyak akan naik bulan depan - 10 sen atau lebih

Kerajaan memberi jaminan mekanisme harga petrol yang akan diumumkan pada pertengahan bulan depan menggembirakan semua pihak. Menteri Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap semua pihak tidak percaya dengan spekulasi kerana ia akan hanya merugikan pengguna itu sendiri. Apabila menteri KPDNKK membuat ucapan akan berlakulah kenaikan harga minyak sekaligus menambahkan beban dan sengsara rakyat malaysia. Sudah lah ditipu dengan ron95 dan 97 kerajaan akan terus menipu rakyat malaysia dengan mengatakan bahawa minyak dunia mengalami kenaikan yang mendadak.

Mail sabri mengatakan bahawakan sekarang kerajaan memberikan 30 sen subsidi kepada pembeli minyak dimalaysia. ini bermakna kalau berlaku kenaikan harga akan berkisar pada 2.10 atau 2.20 jika subsidi di tiadakan, apakah kerajaan malaysia akan menurunkan harga kebawah bawah jika harga minyak menurun mendadak seperti sekarang, minyak masih berlegar pada kadar 72 dollar setong, tiada nampak ura-ura kenaikan minyak didalam permintaan minyak dunia. Jika berlaku kenaikan kepada minyak di Malaysia dan kenaikan ini tiada kena mengena dengan harga minyak dunia bermakna kerajaan malaysia menjadi perompak kepada rakyat mereka sendiri. walaupun tiada kenaikan harga minyak dunia tapi harga minyak di malaysia dinaikan seperti penipuan yang dilakukan seperti hari itu dinaikan sebanyak 5 sen dan 20 sen tanpa bantahan dari rakyat.

Menteri yang dibayar gaji beratus ribu sebulan mengambil jalan mudah tidak mahu sakit kepala jika minyak naik dipasaran dunia, kerajaan kena naikkan harga minyak, tapi jika harga minyak turun kerajaan malaysia tidak akan turunkan harga dan memberikan pelbagai alasan untuk menafikan penurunan harga minyak. inilah sikap kerajaan malaysia dari dulu kini dan selamanya meninda rakyat malaysia. betapa jahanam menteri yang menjaga kementerian ini, tidak pernah memberikan kebaikan dan kebajikan kepada rakyatnya. carilah dimana dunia pun tidak akan sama dengan kerajaan malaysia yang sentiasa menindas rakyat, jika ada yang bangkit berdemo akan dipanggil kera atau beruk, siap dapat maki kerana menghalang jalanraya. inilah sikap rakyat malaysia yang bangang, jangan sampai bangang seperti brahim ali, dulu marahkan orang berdemo, sekarang ini berahim ali telah ketagih untuk berdemo dan menghantar memo.

Pelbagai barangan akan mengalami kenaikan beserta dengan kenaikan harga minyak, buat kerja menteri pengguna bukan menggunakan rakyat untuk kepentingan peribadi dan agenda politik yang suka menindas rakyat dari dulu kini dan selamanya. Naik minyak bermakna rakyat perlu naik minyak sama turunkan umno dalam PRU yang akan datang barulah rakyat senang. Simpankan umno dalam muzium untuk tatapan anak cucu cicit rakyat malaysia, inilah parti yang sentiasa mencari jalan untuk menyusahkan rakyat. suka menindas berbohong dan melakukan pelbagai kejahatan kepada rakyat malaysia.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP