welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Sunday, February 7, 2010

ANAK Kesal Layanan MB Terengganu - Mat said

Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) merasa sangat dukacita dengan layanan buruk yang diberikan oleh Menteri Besar negeri Terengganu Dato’ Ahmad Said. Dengan gaya ala gong dan bodoh sombong Setiausaha Politik Menteri Besar memperlekahkan usaha-usaha ANAK. Inilah sikap sebenar Ahli Politik dan pemimpin BArisan NAsional Terengganu.
Tapi bagi aku nasib mazlan aliman lebih baik dari wahid endut, Menteri Besar Terengganu adalah seorang gedebe, dan sanggup ajak gocoh dengan wahid endut dalam sidang dewan semasa pemerintahan dinasti deris. Mat said hanya menepis memo dari ANAK dan berlalu dengan gaya samseng seperti biasa. Kalau nasib mazlan aliman hari itu malang, mau menteri besar AJAK mazlan aliman gocoh.
Menteri besar terengganu tidak perlukan undi dari anak anak felda peneroka kerana bagi beliau peneroka dah jadi makanan harian mereka, bila tiba hari mengundi pelbagai ugutan akan diberi dan pelbagai bentuk hadiah dan cenderamata akan diagihkan, peneroka amat mudah diperkotak katikan dalam menentukan isu mengundi. sepanjang 50 tahun merdeka, peneroka tidak pernah merdeka sebenarnya. umno Terengganu mampu mengeksplotasikan keadaan mereka yang mana masih terbelenggu dengan FELDA, hutang menimbun menyebabkan mereka tidak berani menentang kerajaan umno, dan percayalah bahawa hal sebegini tidak akan mudah diruntuhkan. Belenggu rantai yang dibuat oleh FELDA begitu berkesan.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP