welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Thursday, January 14, 2010

PM Mahu Sektor Awam Profesional Tanpa Kecenderungan Politik - Betul Ke?

"Datuk Seri Najib Tun Razak mahu sektor awam di negara ini menjadi satu perkhidmatan yang profesional sepenuhnya tanpa kecenderungan politik.Perdana Menteri berkata ini membolehkan penjawat awam menyokong serta menterjemahkan apa yang dihasratkan oleh kerajaan yang dipilih rakyat."Ini satu prinsip yang suci dalam negara kita jika hendak negara kita mencapai kejayaan demi kejayaan."Tidak kira apa jua pendapat peribadi, kita mesti berpegang kukuh dan teguh kepada perkhidmawatan awam yang profesional sepenuhnya," katanya ketika berucap pada majlis makan malam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di sini, pada hari Isnin."

Pm telah bersuara yang beliau tidak mahu sektor awam menjadi profesional sepenuhnya, wujudkah keadaan ini Di Malaysia? Sekadar cakap untuk retorik saja tidak akan mengubah keadaan realiti yang sebenarnya di Malaysia. Sesiapa yang cenderung kepada politik pembangkang akan menerima nasib yang buruk, samada di petisejukan atau dipaksa berhenti dari sektor awam. Kebanyakan penjawat-penjawat awam mahu menjadi profesional dalam menjalankan tanggungjawab kepada negara tetapi kekangan politik yang setara dengan kuku besi memisahkan profesionalisme dengan menjaga periuk nasi.

Pegawai-pegawai Federal atau pegawai-pegawai kerajaan Negeri memang boleh menjadi profesional tetapi akibat politik yang membabibuta menyebabkan pegawai menjadi tidak profesional. Keadaan ini telah bermula pada permulaan permohonan kerja sehingga kepada permohonan kerja berjaya dan pemohon menjawat jawatan yang dipohon. Jika tidak mempunyai kabel sebesar pokok kelapa bukan mudah untuk menjawat jawatan pengawai tadbir di sesebuah negeri. Kalau tiada sokongan dari Ketua kampung yang telah sedia maklum adalah menjadi mata, telinga dan juga media bertauliah kepada kerajaan tidak akan mendapat perkerjaaan di sektor awam. walaupun ada sijil sebesar gunung pun kerana mirip pembangkang kerana cakap-cakap orang telah diambil kira dalam dasar menyokong atau tidak dalam borang permohonan. begini profesional yang tok najid kita mahukan.

Jika pegawai-pegawai itu mirip menyokong pembangkang tetapi profesional dalam menjalankan tugas pun akan dipantau, dinafikan hak kenaikan pangkat walaupun pada dasar senioriti telah ada di badan pegawai tersebut. Pegawai-pegawai yang telah nampak cenderung kepada kerajaan umno akan dinaikkan pangkat walaupun melangkah kepala pegawai-pegawai yang lebih kanan dari beliau. Diletakkan pegawai-pegawai yang berpotensi menjalankan tugas dengan amanah, jujur dan berintigriti tetapi kerana mirip menyokong pembangkang akan dihantar bertugas di pendalaman seperti sabah dan sarawak, Pegawai-pegawai yang sepatutnya diletakan di area strategik dan boleh memimpin pegawai bawahan dilemparkan jauh jauh dari kawasan yang membolehkan sektor awam berfungsi dengan baik.

Jika sesebuah kerajaan negeri telah jatuh kembali ke tangan pemimpin umno, mana-mana pemimpin yang begitu cenderung kepada parti pembangkang akan dipaksa berhenti dan jika ingkar akan dipetisejukkan. Inilah dasar profesional yang Tok jib kita mahukan. Tinggallah pegawai-pegawai yang tiada berkebolehan dalam memimpin selain berkebolehan mengampu dan membodek bos. Dan sektor awam baik negeri ataupun peringkat federal telah mengalami kepupusan pegawai-pegawai yang boleh memimpin, menjana minda pekerja dan bekerja hanya mencari rezeki yang halal dan yang mahukan yang terbaik untuk negara.

Disemua sektor awam kita boleh melihat dengan jelas apa yang telah berlaku, kecenderungan politik amat ketara sampaikan pegawai-pegawai atau pekerja-pekerja bawahan yang terlibat dengan aktiviti umno akan diberikan layanan baik dan yang penyokong kepada pembangkang akan dilayan sebagai pekerja kelas kedua dan hampir pasti tiada keistimewaan langsung. Pekerja sektor awam yang mahu menghadiri aktiviti parti umno akan mendapat seperti cuti bergaji dan kadangkala mendapat cuti tanpa rekod dan jika pekerja yang menyokong pembangkang akan dinafikan hak mendapatkan cuti bahkan diugut di kenakan tindakan disiplin kerana bercuti.Sektor awam tidak akan terlepas dari kekangan politik itu lah hakikatnya. Hentikanlah penipuan ini tok najib.
Banyak pekerja-pekerja sektor awam yang diambil kerja adalah telah dikenal pasti sebagai penyokong umno, dan apabila pekerja-pekerja penyokong umno diambil kerja kebanyakan akan menghabiskan masa lepak-lepak, bercakap sesama sendiri, datang hanya untuk mendapatkan gaji sahaja bukannya melaksanakan tanggungjawab yang ada dan ada pekerja menjadi lebih dan tidak ada guna untuk jabatan tetapi diambil kerana dia ni penyokong umno. Keadaan ini telah wujud hampir-hampir 50tahun dan hari ini tok najib mahu sektor awam menjadi profesional.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP