welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Tuesday, January 12, 2010

Persiapan Menjelang PRU ke 13 - Satu Pandangan Ikhlas Pendokong PR

Pilihanraya Umum ke 13 akan berlangsung dalam jangkamasa 2 tahun lebih, waktu tamat bagi penggal ini ialah pada tahun 2013. Tetapi biasanya pemimpin Utama Barisan Nasional atau lebih tepat dikatakan Perdana Menteri Malaysia akan membubarkan Parlimen dan juga Dewan Undangan Negeri. Pada Pru yang ke13 ini akan berlaku penambahan dalam kerusi Parlimen dan juga Kerusi Dewan Undangan Negeri. Di Terengganu dijangka mendapat tambahan 2 Parlimen dan juga 4 kerusi Dewan Undangan Negeri. Apakah Parti Islam SeMalaysia Negeri Terengganu telah bersiap sedia dari segenap segi untuk menghadapi PRU yg ke13 ini. Pada Mac 2008 Pas hanya mampu merampas 8 Kerusi Dewan Undangan Negeri dan hanya satu saja kerusi Parlimen iaitu Parlimen Marang dan menjadi 2 pada 17 Januari 2009 kerana Wahid Endut dapat merampas kembali Parlimen P.36 Kuala Terengganu.

Pertamanya Pas Terengganu sepatutnya telah mengenal pasti calon-calon yang akan bertanding di PRU yg ke13 nanti, Pastikan calon ini sudah mengetahui dimana beliau akan bertanding dan juga pastikan rakyat kawasan yang akan diwakilinya mengenali calon ini. Jangan jadi di kawasan DUN Seberang Takir pada mac 2008 kawasan Dun ini diwakili oleh PKR. Sampai ke hari penamaan calon, calon yang akan mewakili kawasan dun ini tidak diketahui oleh pihak perang saraf dan juga jentera pilihanraya kawasan dun seberang takir. Calon ini hanya diketahui selepas penamaan calon. Calon yang dipilih oleh Pkr tidak dikenali didalam Dun dan juga ahli-ahli Pakatan Rakyat. Bagaimanakah pihak jentera perang saraf, jentera penerangan, jentera promosi dan juga jentera culaan mahu melakukan tugasan dengan sebaiknya kerana kekurangan maklumat tentang calon ini. sampaikan calon YB hadir ke pondok-pondok dan markas-markas tidak dihiraukan oleh petugas-petugas kerana tidak dikenali, jadi dimana ada titik sambung dalam menjalankan tugas-tugas dalam keadaan genting. Ini bukan masa untuk memperkenalkan calon tetapi lebih kepada apa yang akan parti buat sekiranya menang.

Program-program ziarah samada kematian, kemalangan, kecelakaan dan juga keraian perlu dihadiri oleh bakal-bakal calon YB, waktu ini adalah waktu yang paling sesuai untuk memperkenalkan calon-calon Yb Pakatan Rakyat. Bakal-bakal YB perlu menonjolkan diri untuk menghadiri sebarang program yang dianjurkan atau yang mendapat jemputan dari rakyat, Disini Bakal Yb dapat mengenali rakyat yang akan diwakili dan rakyat juga dapat mengenali bakal YB dun dan Parlimen mereka. Pikat hati-hati rakyat walaupun sebagaimana yang kita ketahui, parti pembangkang memang tidak mempunyai wang yang banyak. Wang bukan menjadi penghalang untuk menjadikan kita sebagai pemenang di dalam PRU ke 13. Pikat hati-hati rakyat bukan melalui wang, melalui sosial, ambik berat, ziarah menziarahi, Orang-orang melayu Terengganu masih menebal lagi dengan semangat termakan budi. Disini YB YB Pakatan rakyat selalu aje fail, kerana gagal hadir dalam acara terutama dalam hal-hal kematian, disini orang umno memang kedepan ditambah dengan helaian note merah dalam gengaman, kalau kalah satu dikira seri jika pemimpin PR hadir awal ke tempat kematian tetapi keadaan sekarang pemimpin Pr gagal kedua-duanya, hadir kemudian dan kadangkala tidak hadir terus ke majlis keramaian atau tempat-tempat kematian. disini kedudukan parti pembangkang dah menjadi kedudukan 2-0, jangan biarkan ini berlaku.

Dekatkan diri dengan pemuda-pemudi yang baru mendaftar untuk mengundi, pemimpin perlu segera berubah wajah jika berada dalam kelompok ini, bukan bermaksud kalau ada acara permainan bola, pemimpin kena bermain bola sepak bersama-sama, cukup aje hadir ditepi padang. Pandangan pemuda pemuda ini akan berubah jika pemimpin PR berada sama dalam acara sukan atau acara yang tidak melaghokan. berjabat tangan, tepuk bahu dan memberikan senyuman manis dah cukup membuat mereka menghormati pemimpin. Pahatkan dalam hati-hati mereka bahawa Pakatan Rakyat juga mempunyai pemimpin yang boleh dibawa ketengah dan ketepi. Pandangan ini perlu diubah dengan segera kerana pemuda bimbang jika Pas memerintah Terengganu banyak acara sukan atau apa jua keraian akan diharamkan.

Flyer-flyer tentang perubahan yang akan dilakukan oleh Pakatan Rakyat perlu di hantar sekerap mungkin ke minda rakyat, cetak sebanyak mungkin dan jentera perang saraf parti perlu beroperasi setiap masa. jika di zaman internet dapat akaun email mereka untuk memudahkan kita menghantar mesej parti seberapa kerap yang mungkin. ini akan memudahkan pihak saraf menghantar bidikan tepat ke golongan sasaran. Profail calon hendaklah dikemaskini sentiasa. Jika berlaku perubahan hantar mesej secepat mungkin.

Komuniti maya DUN/parlimen juga perlu diwujudkan dalam zaman It yang mana komuniti ni akan bergerak ke seluruh Dun/Palimen untuk mewujudkan satu komuniti yang mementingkan persaudaraan antara satu sama lain. Disini pemimpin perlu ada laman sesawang sendiri, yang mana perlu kepada update setiap hari atau paling lekeh pun seminggu sekali, jangan biarkan laman ini menjadi sawan kerana tiada update. Berita-berita kesusahan, kematian dan juga berita-berita kegembiraan perlu dimuatkan dalam laman sesawang ini, ruangan forum juga bagus diwujudkan untuk para komuniti berhubung antara satu sama lain. Mungkin pandangan seseorang begitu bernilai tetapi kadangkala mereka malu untuk melontarkan idea sewaktu bersemuka, oleh itu ini lah tempat paling sesuai meluahkan pandangan mereka.

Wujudkan satu pasukan yang sentiasa bersiap sedia menghadapi apa saja jua keadaan, misalnya waktu sekarang, suasana negara ribut dengan isu kalimah ALLAH yang di pohon digunakan oleh pihak kritian. Pasukan ini akan menjadi telinga, mata dan tangan dan mulut untuk Parti, Apabila kita turun ke dasarnya kita akan dapat menyelami apa sebenarnya yang ada dalam hati-hati rakyat dun/parlimen. Bertindak mengikut arahan, berjaya mengekploitasikan isu-isu untuk keuntungan parti, berjaya menangkis serangan parti pemerintah dalam usaha mereka memperbodohkan rakyat dengan isu-isu yang tidak masuk akal. Pasukan ini akan mengumpul apa juga pandangan, telahan dan juga percakapan rakyat dan juga apa kemahuan rakyat dalam menangani isu-isu seperti ini.
Pandangan ini adalah pandangan dari rakyat diolah secara bebas oleh penulis, rakyat masih menaruh keyakinan kepada parti pakatan rakyat, cuma strategi, emosi rakyat tidak ditangani dengan baik oleh pembangkang. Kadangkala pembangkang menjadi kejam dari pihak pemerintah terdahulu, ini tidak mampu diterima oleh rakyat walaupun ianya untuk kebaikan rakyat. contohnya penarikan wang kebajikan masyarakat sewaktu pemutihan dilakukan oleh kerajaan Pas semasa 1999-2004, memang dari segi zahirnya orang ini tidak layak menerima bantuan kebajikan tetapi semasa umno memerintah orang ini dapat bantuan walaupun menyokong pas, tapi bila pas menarik bantuan ini, pas telah dianggap kejam kerana telah menarik balik bantuan ini. Inilah perkara-perkara yang kecil tapi menjadi besar kerana permainan licik umno. Kes-kes lain akan diulas dari masa ke semasa kenapa Pas tersungkur di dalam PRU 2004. Semoga pimpinan dan pendokong Pas dapat menerima pandangan ini dengan ikhlas dan mahu berubah sebelum kembali rebah.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP