welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Friday, January 15, 2010

Membina Pusat Pengajian Tinggi korupsi - Kursus ilmu masa depan

Encik korup bin si bercita-cita untuk membina sebuah pusat pengajian tinggi korupsi. kampus induk akan mula beroperasi dan menawarkan kursus korupsi diperingkat sijil, diploma, ijazah, master dan sehinggakan ke peringkat tertinggi iaitu PHD Korupsi. En. korup merasakan dengan ilmu phd dalam bidang korupsi mampu dia membimbing anak muda, lelaki atau pompuan yang baru berjinak-jinak atau sesiapa saja yang berminat dengan ilmu korupsi akan datang memenuhi kampus beliau, dan dengan mengenakan yuran pengajian dan ditambah dengan harga subsidi yang ditawarkan beliau percaya pengajian ini akan mendapat sambutan yang hangat. Hangat dipasaran kata orang sekarang. Pinjaman akan disediakan bagi pelajar-pelajar yang miskin dan yang mana tidak mampu sangat diberikan elaun sara diri berpinjaman penuh
Program ini telah dirangka dalam silibus yang begitu menarik dan mudah difahami oleh pelajar-pelajarnya. En. korup telah berkecimpung dan telah memperolehi PHD dalam bidang korupsi hasil kajian yang dibuat dan pengalaman beliau dalam urusan sehari-hari. Diantara silibus pengajian korup adalah seperti berikut:
1. Sejarah korupsi
2. Basic ilmu korupsi
3. Budaya korupsi masa dulu, kini dan selamanya
4. Ekonomi korupsi
5. Prinsip-prinsip korupsi
6. Hukum-hukum Korupsi
7. Matematik korupsi
8 Pengurusan korupsi
9. Pengurusan Projek Korupsi
10. Aplikasi-aplikasi membantu korupsi
11. Bagaimana menjadi seorang korupsi terbaik
12. Korupsi fizikal dan fikiran
13. Praktikal korupsi
Syarat-syarat dan terma-terma untuk mengikuti kursus ini ialah
1. terbuka kepada sesiapa sahaja (Ahli-ahli politik amat digalakkan)
2. Orang yang suka kepada korupsi
3. mampu menahan cabaran semasa praktikal
4. Dunia-dunia akhirat lain cerita
semoga kursus ilmu seperti ini tidak berlaku di Malaysia. Bertindak sebelum parah bila dah parah pasti rebah. Barah korupsi telah menjalar dengan hebatnya di Malaysia. Indeks korupsi Malaysia telah merudum dengan teruk.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP