welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Monday, January 18, 2010

Kenapa Idola umat islam dah berubah - islam celup ke islam hakiki

Umat islam dahulu umat islam yang cemerlang, gemilang dan terbilang, cemerlang dari segi akidahnya, gemilang dari segi keadilan pmerintahan dan terbilang di medan peperangan, Zaman dah berubah dunia dah maju terus menlenyapkan zaman kegemilangan umat islam. Umat islam tidak lagi digeruni oleh penganut agama-agama lain. Umat islam seperti buih dan benarlah kata Rasulluah bahawa akhir zaman umat islam seperti buih, jumlahnya ramai tapi tidak memberi manafaat antara satu sama lain. Umat islam dipalastine terus dihina, didera dan dibunuh seperti seekor haiwan. negara-negara umat islam yang ramai hanya memandang sepi. tiada lagi ikatan persaudaraan seperti dulu, jika seorang umat islam dihina, umat islam dinegara lain akan terasa dihina sama, khalifah islam akan menghantar tentera untuk memerangi orang kafir yang menghina seorang penganut ugama islam. Sekarang saban malam kita dihidangkan dengan adegan bunuh membunuh orang islam, dihalau seperti haiwan tetapi umat islam dinegara lain terus membisu dan melihat seolah olah saudara kita ini hanya seekor ayam sahaja. Negara yang bersempadan dengan palastine terus mengenakan sekatan demi sekatan kepada umat islam digaza. Betapa celakanya hidup umat islam hari ini.

Idola umat islam telah beralih dari alim- ulamak, para ilmuan islam dipandang enteng sahaja. Yang menjadi sanjungan kepada umat islam adalah penyanyi yang bukan beragama islam, yang bogel, yang memakai salib dileher, yang mengeluarkan kenyataan yang menghina islam, ini lah yang menjadi idola umat islam di malaysia sekarang. Jika ada majlis keugamaan yang hadir cumalah orang-orang yang mana lubang kubur sudah memanggil, telinga dah nak hampir pekak. tulang pun dah reput dan yang segar bugar akan terus terkinja-kinja menari menyanyi mengikut alunan suara-suara penyanyi. Apakah berkat hidup umat islam jika terus menjadi idola orang-orang kafir. Yang menghalalkan perzinaan, bersekudukan, minum arak dan yang paling menyedihkan umat islam mula melihat ini sebagai tidak berdosa lagi kerana kubur masing masing jawab. Tidakah mereka tahu bahawa sesiapa yang tidak mencegah kemungkaran akan terheret sama ke neraka jahanam kerana mereka tidak mampu mencegahnya.

Bagaimana kita nak mencegah ini berlaku, ibubapa pun sama-sama memainkan peranan dalam menentukan hala tuju hidup anak-anak mereka, jika kita menegur dengan ikhlas anak-anak mereka, mak ayah akan menjadi galanganti, inilah hidup sekarang. mak ayah melihat anak lebih baik jadi artis daripada menjadi para hafazan, menadah kitab, belajar agama islam, solat, berpuasa, jadi artis lebih mudah mencari wang, sampai mak ayah menangis jika anaknya diundi keluar dari rancangan realiti. sepatutnya mak ayah menangis kalau anaknya tak pandai solat, berpuasa, membaca alquran.

Islam yang kita warisi adalah islam baka, kita tidak diajar dengan betul tentang islam, kita solat kerana ayah kita suruh solat, kita tidak tahu apa makna solat dari segi islam sebenarnya. Kita berpuasa kerana ayah dan mak suruh berposa, kalau puasa penuh dibayar dengan wang ringgit, kata mak ayah ini untuk mengajar anak-anak berlatih berpuasa, kenapa tidak anak ini diasuh berpuasa kerana allah taala bukan kerana wang ringgit. Bila anak ini besar dia akan berpuasa seperti mana ayahmak dia berpuasa, setiap petang akan penuh dipasar-pasar ramadhan dan 10 malam terakhir pesta membeli barangan untuk hari raya akan berlangsung, 10 malam terakhir yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad s.a.w akan tinggal dan wujud hanya dalam buku sahaja. sirah-sirah ini akan terus jadi pembacaan bukannya amalan. Apakah erti solat pada islam atau puasa dalam islam, hariraya aidilfitri akan disambut selama sebulan kerana puasa juga sebulan dan hariraya aidiladha akan disambut hambar oleh umat islam padahal hariraya aidiladha akan hari yang paling baik untuk disambut, dan umat islam di Malaysia telahberjaya menterbalikkan posisi raya ini sebenarnya. Selama 4 hari hariraya dikurniakan oleh Allah dan sehari saja untuk aidilfitri tapi di Malaysia, kalau hariraya aidilfitri bermakna sebulan dan jika aidiladha sehari je. Umat islam di Malaysia lebih pandai dari Allah. Syariat islam di ubahsuai secukup rasa. Keadaan ini telah berlaku hampir 100 tahun di Malaysia, apakah yahudi yang menterbalikkan keadaan ini atau umat islam sendiri.
Umat islam akan terus dijajah samada minda, sosial dan sebagainya, hentikan penjajahan ini jika mahu umat islam kembali digeruni oleh musuh, hentikan segera apa saja yang berlawanan dengan syariat ilahi. kembali le kita ke jalan Allah.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP