welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Friday, January 29, 2010

9 Feb 2010 - Mb nizar atau MB Zambry

Tarikh keramat 9 Feb 2010 menjadi detik penentu kepada siapa sebenarnya Mb yang sah dari segi perlembagaan jahilliah. Banyak tilikan dan renungan dari pelbagai bomoh dan dukun politik telah meramalkan kemenangan DS Nizar dan terlebih dahulu umno akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum 9 feb 2010. Disini kenapa bomoh dan dukun politik meramalkan umno akan membubarkan DUN sebelum keputusan di buat. Apakah keputusan mahkamah telah bocor kepada umum? Kalau keputusan telah diketahui oleh pihak umno lebih awal lagi kenapa sekarang mereka tidak mahu membubarkan dewan dengan segera?
Seperti mana yang diketahui oleh orang politik bahawa, umno akan mempunyai seribu satu macam strategi untuk melumpuhkan pembangkang. Kenyataan pembubaran dewan adalah satu perkara yang amat menakutkan hati umno dikala ini walaupun dimulut mengakui kekuatan. Umno mampu membuat apa saja, ada MB diperolehi secara bukan dari segi perlembagaan, ada speaker di lantik setelah speaker lama di heret dan dikurung dalam bilik bukannya seperti biasa berada dalam dewan yang mulia. Apakah lagi yang tidak pernah di fikirkan umno mampu melakukannya. Apakah kita fikir umno akan sebegitu mudah menyerahkan keputusan berpihak kepada Pembangkang, Jawapannya Tidak, no way, ikke, nicht,khong, itulah jawapan yang tepat kepada persoalan yang mana akan terjawab pada 9 februari 2010 ini.
Dan percayalah keputusan yang akan diterima akan mengejutkan semua pihak, kerana selama ini keputusan mengejutkan adalah tidak mengejutkan kepada umno, umno dengan mudah mentertawakan pembangkang kerana terperanjat dengan keputusan itu nanti. benar kata mantan mb terengganu Idris, "tidak pernah sebelum ini" kita akan lihat apa yang tidak terjangkau oleh akal kita. Apa saja yang dilakukan telah berada dalam skrip yang begitu memualkan pembangkang tapi memberi faedah kepada umno. Umno tetap umno, dan umno tak akan berubah dan yang umno akan berubah apabila umno menjadi pembangkang, kita lihat umno di negeri mereka menjadi pembangkang, mereka menjadi begitu prihatin dengan masalah rakyat, mahathir telah turun dari takhta pm baru sedar diri dipinggirkan oleh media.
Bagi pendapat aku lah, aku rasa keputusan tidak akan berpihak kepada mb nizar, riak, kocakan ke gelombang ke semua menuju satu arah sahaja, umno akan tetap mengekalkan kerusi Mb dan meneruskan pemerintahan walaupun dalam apa jua keadaan. samada dalam keadaan basah atau kering. 9 februari 2010 pembangkang akan menangis tanpa irama. Umno tidak akan bagi apa yang dia telah dapat. tunggu saja masa pada PRU yg ke 13. itu jalan yang terbaik kepada pembangkang, daftarkan pemilih yang berjumlah 4.3 juta orang untuk memberi sokongan kepada pembangkang.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP